web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siti Bainun Dera Bella Setiap Hari - Saksi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 9:33PM

Siti Bainun Ahd Razali - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah mendera remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella, setiap hari selama hampir empat bulan. 

Yasmin Nahar Mahmood, 18, penghuni Rumah Bonda, berkata kejadian itu berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

"Saya dan Aida (penghuni rumah itu) turut diarahkan oleh Siti Bainun untuk memukul Bella," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja berumur 13 tahun itu.

Menceritakan sikap Bella sewaktu beliau kali pertama berjumpa remaja itu, Yasmin berkata pada mulanya Bella seorang periang dan suka bercakap tetapi dia berubah sikap apabila ternampak Siti Bainun.

"Bella takut sangat dengan Siti Bainun, sampaikan hendak keluar bilik pun dia takut-takut. Kena tengok kiri kanan," kata Yasmin.

Saksi pendakwaan kelima itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Farhan bahawa beliau senasib dengan Bella.

Disoal peguam itu mengapa saksi tersebut tidak keluar dari Rumah Bonda, Yasmin menjawab: “Sebab Siti Bainun tidak bagi”.

Sementara itu, Yasmin memberitahu mahkamah bahawa terdapat juga penghuni lain yang didera oleh Siti Bainun selain Bella, yang dikenali sebagai 'Kakak Hidayah'.

Saksi itu mendedahkan perkara tersebut selepas tidak bersetuju dengan cadangan Farhan bahawa tiada kejadian seumpama Bella yang terjadi pada penghuni Rumah Bonda lain mahupun anak angkat kepada pengasas rumah kebajikan itu.

Disoal Farhan, apa yang Siti Bainun lakukan kepada Kakak Hidayah, saksi itu menjawab: “Bila Kakak Hidayah tidak mendengar arahan Siti Bainun, Siti Bainun tidak membenarkan Kakak Hidayah memegang, melihat dan menyusukan anaknya”.

Yasmin juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau inginkan layanan seperti puteri apabila tinggal di Rumah Bonda.

Menurut Yasmin, beliau perlu menjaga dan mengemas rumah kebajikan itu selain ditugaskan untuk mengemas tempat tidur dan mengurut Siti Bainun serta menyusun baju-baju pengasas rumah kebajikan tersebut.

Semasa disoal sama ada saksi itu menyayangi Siti Bainun, Yasmin menjawab: “Sayang”.

Bagaimanapun, Yasmin bersetuju dengan cadangan peguam terbabit bahawa perasaan sayang itu semakin berkurangan.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad