Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penerima EPemula Dapat Baucar Tunai, Ini Penjelasan GrabPay!

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 8:54AM

Priyanka Madan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baharu sahaja dua hari tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula dibuka kepada golongan belia yang layak, pelbagai cerita kurang enak mengenai program itu dikongsi penerimanya di media sosial.

Terbaharu, penerima yang memilih menebus e-tunai RM150 menerusi aplikasi e-dompet, GrabPay, meluahkan kekecewaan apabila menerima pembayaran dalam bentuk baucar tunai.

Ini berbeza dengan pengumuman Kementerian Kewangan (MOF) kelmarin yang memaklumkan penerimanya akan menerima bantuan RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Bagaimanapun, Ketua GrabPay Malaysia, Priyanka Madan menjelaskan, mereka memilih untuk membahagikan kredit e-tunai tersebut kepada beberapa baucar tunai bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada penerima yang layak untuk berbelanja secara berhemah.

Malah katanya, pendekatan itu juga diharap dapat memberi manfaat kepada perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19 untuk meningkatkan semula jualan mereka secara luar talian.

“Sebagai jenama tempatan dan penyokong ekonomi digital, kami berbesar hati menyertai program ePemula untuk menyokong belia di Malaysia. Sejak pelancaran e-dompet GrabPay, kami telah bekerjasama dengan rakan kongsi dan agensi kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan transaksi tanpa tunai dan menyediakan perkhidmatan kewangan yang selamat, telus dan inklusif di seluruh negara. 

“Kami juga bersama-sama membantu ribuan perniagaan mikro, kecil dan sederhana beralih ke dalam talian dan menerima pembayaran tanpa tunai sebagai cara untuk mengatasi sekatan kawalan pergerakan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Menurut beliau, baucar tunai itu akan dibahagikan kepada nilai RM5, RM10, RM15, RM20 dan RM30.

“Baucar tunai itu sama seperti kredit e-tunai cuma ia tidak diberi secara one off seperti dilakukan tiga pengendali perkhidmatan lain yang terpilih.

“Sebagai contoh jika anda beli barang berharga RM35, jadi anda perlu guna baucer tunai bernilai RM30, kemudian anda hanya perlu tambah baki RM5,” katanya.

Pada masa sama, Priyanka berkata, penerima yang layak juga akan menerima baucar tunai tambahan bernilai RM210 daripada GrabPay dan rakan kongsinya, serta boleh digunakan untuk membeli-belah secara dalam talian.

“Ini adalah tepat pada masanya kerana penerima kemudiannya boleh memanfaatkan jualan dan promosi Ramadan dan Raya untuk membeli pakaian, makanan dan keperluan perayaan mereka.

“Mereka juga boleh memaksimumkan penjimatan untuk setiap perbelanjaan dan tawaran lain daripada Grab termasuk GrabRewards untuk setiap transaksi GrabPay yang boleh digunakan untuk menebus baucar diskaun bagi pembayaran masa hadapan,” katanya.

Selain itu, katanya, penerima juga berpeluang menjadi sebahagian daripada peserta program latihan industri bersama Grab Malaysia.

“Ini bermakna mereka akan berpeluang melibatkan diri dalam projek-projek yang menghasilkan impak kepada jutaan rakyat Malaysia di seluruh negara.

“Selain memupuk budaya tanpa tunai di kalangan anak muda, kami ingin menyokong penekanan kerajaan dalam pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM),” katanya.

Selain GrabPay, tiga penyedia perkhidmatan lain yang terpilih dalam program tersebut adalah BigPay, ShopeePay dan Touch ’n Go eWallet.

Ketiga-tiga penyedia aplikasi e-dompet itu memberi pembayaran kredit e-tunai tersebut secara one off kepada penerimanya.

Namun kredit e-tunai itu tidak boleh digunakan untuk pembelian atas talian dan pembayaran barang yang dibeli perlu dibuat dengan mengimbas kod QR peniaga di kaunter kedai fizikal.

Kaedah yang diguna pakai itu bagaimanapun turut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penerimanya.

Majoriti mendesak agar bantuan itu dikreditkan secara terus menerusi akaun bank penerimanya ataupun membenarkan pembelian dan transaksi secara atas talian.

Bagaimanapun ketika ramai ‘bergelut’ untuk mengakses kredit tersebut, ada individu berjaya menemui cara untuk mengeluarkan dana berkenaan dan menggunakannya secara dalam talian.

Individu terbabit turut berkongsi cara tersebut di Twitter sehingga mendapat perhatian netizen.

Tindakan tersebut bagaimanapun terpesong daripada matlamat asal kerajaan yang mahu menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai di kalangan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. - Getaran, 13 April 2022

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Semasa 50 minit yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah Memfitnah, Menghasut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Mahu Buka Kasino Di Forest City, Berjaya Corporation Buat Laporan Polis

oleh Fida Ruzki

Semasa 27 minit yang lalu

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin