web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Kian Terdesak, Terpaksa Kenakan Caj Pemotongan Ayam 60 Sen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 8:33PM

Peniaga menampal upah potong ayam di gerai jualan di Pasar Besar MBMB Bachang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Peniaga ayam di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang terpaksa mengambil langkah terdesak dengan mengenakan caj pemotongan berjumlah RM0.60, susulan penetapan harga sebanyak RM8.90 untuk sekilogram ayam.

Bagaimanapun, caj itu hanya dikenakan kepada pelanggan yang mahu menggunakan khidmat pemotongan ayam dan ia dikatakan mula dilaksanakan beberapa hari lalu selepas dipersetujui semua peniaga.

Peniaga Hanafi Md Amin berkata, harga jualan ayam yang ditetapkan pada masa ini dianggap tidak relevan kerana kadar yang dikenakan oleh pemborong kepada peniaga terlalu tinggi.

“Untung yang kita dapat tidak sampai 50 sen, bagaimana dengan kos lain seperti plastik, air dan upah pekerja? Caj tambahan ini dikenakan bukan suka-suka.

“Kita tidak paksa, kalau setuju baru mereka bayar 60 sen itu. Sekurang-kurangnya dengan caj ini sedikit sebanyak dapat bantu peniaga,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak semua bersetuju dengan caj itu namun ada pelanggan yang faham dan tidak mempersoalkan tindakan berkenaan.

Seorang lagi peniaga, Ke Jok Kwee berkata, ini adalah kali pertama dia mengenakan caj tambahan kepada pelanggan sepanjang 45 tahun berniaga.

Peniaga ayam Ke Jok Kwee
Peniaga ayam Ke Jok Kwee

“Ia bukan keputusan mudah kerana selain untung yang kecil, kami kini turut berhadapan caj pengangkutan oleh pemborong disebabkan harga dedak yang naik mendadak.

“Harga (ayam) kita tidak dapat naikkan lagi, jadi dengan caj ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban peniaga,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar berkata, tindakan peniaga mengenakan caj pemotongan itu bukan satu kesalahan kerana ia adalah sejenis perkhidmatan.

“Ini caj tambahan yang peniaga tawarkan kepada pelanggan, sama seperti kita membeli barang dan minta untuk dihantar ke rumah, jadi peniaga akan mengenakan caj itu.

“Namun ia terpulang kepada pembeli sama ada mereka bersetuju atau tidak kerana tiada paksaan,” katanya. - Getaran, 12 April 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad