web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


YouTuber, 3 Rakan Disambung Reman Hingga Jumaat Bantu Siasatan Bunuh Kekasih

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 2:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan ke atas seorang YouTuber dan tiga rakannya berhubung kejadian teman wanita YouTuber itu yang meninggal dunia dalam kejadian di Teluk Kumbar di sini 2 April lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata sejurus lengkap, kertas siasatan itu dijangka diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata ketika ini empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun termasuk YouTuber itu disambung reman lima hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini tiada tangkapan baharu. Reman mereka sejak 3 dan 4 April lepas tamat semalam namun pihak polis telah memohon perintah sambung reman kerana siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya yang dihubungi hari ini.

Minggu lepas, media melaporkan seorang wanita berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah dipercayai dipukul teman lelakinya sebelum mangsa meninggal dunia dan kejadian tersebut berlaku selepas pasangan kekasih tersebut bertengkar disyaki bermotifkan cemburu.

Mangsa yang difahamkan berasal dari Melaka dan teman lelakinya itu menumpang di rumah sewa rakan mereka sejak tiba di negeri ini 27 Mac lepas untuk video laman YouTube mereka.

Sementara itu, di Seberang Perai, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Radzi Ahmad berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang anggotanya menerima rasuah daripada seorang lelaki di Jalan Bagan Ajam, di sini seperti sebuah video yang tular sejak semalam.

Mohd Radzi berkata video berdurasi satu minit satu saat itu tular menerusi laman sosial TikTok sejak semalam dan berdasarkan siasatan awal, kejadian tersebut berlaku berhampiran sebuah bank di kawasan tersebut.

“Saya mengesahkan kami (polis) menerima laporan polis daripada seorang lelaki mengenai kejadian itu di Balai Polis Simpang Ampat, dekat sini pada Isnin lepas.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan saya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota sekiranya terlibat dengan salah laku rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang lelaki memegang wang kertas dipercayai RM200 dalam sebuah kereta sebelum dia turun menyerahkan wang tersebut kepada anggota polis yang sedang menunggu dalam sebuah kereta peronda polis. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi