web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Perlu Segerakan Penempatan Pegawai Perubatan Di Lokap - SUHAKAM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 4:43PM

Jerald Joseph berkata, laporan berhubung 14 kematian membabitkan tahanan di lokap sejak Januari lalu sehingga kini bukanlah satu angka kecil yang boleh dipandang ringan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempercepatkan proses penugasan pegawai kesihatan di lokap berpusat dan lokap berkapasiti besar di seluruh negara.

Timbalan Pengerusinya, Jerald Joseph berkata, laporan berhubung 14 kematian membabitkan tahanan di lokap sejak Januari lalu sehingga kini bukanlah satu angka kecil yang boleh dipandang ringan.

Menurut beliau, langkah itu membolehkan hak tahanan untuk mendapatkan penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan dapat dipenuhi dengan cepat, sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“Setakat ini, PDRM sudah pun menempatkan pegawai kesihatan di lima lokap berpusat di Malaysia namun ia masih tidak mencukupi kerana terdapat lebih 400 lokap tahanan di seluruh negara.

“Sebagai contoh, terdapat beberapa lokap yang bukan berstatus lokap berpusat mampu memuatkan ratusan tahanan pada satu-satu masa, dan jelas memerlukan penempatan pegawai perubatan bagi mengurangkan kes kematian,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Jerald berkata, SUHAKAM difahamkan bahawa PDRM dan Kementerian Kesihatan (KKM) masih lagi mencari formula untuk memastikan mereka dapat menempatkan pegawai perubatan di semua lokap besar dan ia adalah sesuatu perkembangan yang baik.

Beliau berkata, pengalaman SUHAKAM mendapati, kebanyakan kes kematian di lokap berlaku disebabkan masalah kesihatan tahanan itu sendiri.

“Ia berlaku disebabkan tiada penilaian kesihatan terhadap seseorang tahanan bagi memastikan jika dia benar-benar sihat untuk dimasukkan ke dalam lokap.

“Selain itu, lambat mendapatkan rawatan akibat masalah kesihatan dan tiada penjagaan kesihatan yang rapi juga menjadi antara punca kejadian sebegini berlaku,” katanya.

Jerald menarik perhatian, risiko kematian tahanan dapat dikurangkan dengan menempatkan pegawai perubatan di semua premis berkaitan kerana berpeluang menerima rawatan diperlukan secepat mungkin.

Pada masa sama beliau berkata, SUHAKAM masih lagi berpendirian bahawa penubuhan satu badan bebas seperti Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sangat diperlukan untuk menangani isu integriti dalam PDRM termasuk kes kematian dalam tahanan secara menyeluruh.

“Dengan adanya badan bebas seperti IPCMC, ia mampu membersihkan nama PDRM jika tiada sebarang salah laku berlaku terhadap apa-apa kes termasuk kematian dalam tahanan.

“Bagaimanapun, kami difahamkan, cadangan penubuhan IPCMC tidak lagi akan diteruskan namun ditukar kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakukan Polis (IPCC). Berdasarkan pemerhatian, IPCC ini ada kekurangan justeru, kami sangat berharap supaya ada penambahbaikan dimasukkan seperti intipati yang ada dalam IPCMC,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji tindakan PDRM menerusi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang disifatkan tidak lagi defensif dengan memaklumkan setiap kejadian kematian dalam tahanan secara telus.

Menurutnya, tindakan itu adalah fasa baharu untuk PDRM dan juga Malaysia.

“Buat pertama kalinya PDRM tidak defensif mengenai kes kematian dalam tahanan, setiap kali ada kes mereka akan memaklumkannya kepada umum.

“Kami juga dimaklumkan inkues akan terus dijalankan terhadap setiap kes kematian dalam tahanan yang dilaporkan dan pihak kami akan dimaklumkan berhubung keputusan siasatan tersebut,” katanya. - Getaran, 11 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 50 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad