Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Peniaga Disenarai Hitam 'Licik', Tukar Nama Pemilik Lesen Elak Dikesan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 3:00PM

Pakar kesihatan menyarankan agar hanya pemilik lesen dibenarkan menyediakan makanan dan berniaga di bazar Ramadan. - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umum mengetahui peniaga yang didapati menjual makanan tercemar boleh disenarai hitam daripada berniaga di bazar Ramadan sama pada masa hadapan.

Bagaimanapun, Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh mendedahkan terdapat segelintir peniaga yang ‘licik’ apabila kembali berniaga tetapi menggunakan lesen atas nama individu lain.

Katanya, situasi itu acap kali berlaku sejak beberapa tahun lalu.

“Saya rasa memang dah ada tindakan tersebut tapi isunya peniaga terbabit selalu tukar nama pemilik lesen.

“Kalau dulu dia pass dekat adik, kali ini dia guna nama sepupu. Jadi mereka sering tukar-tukar nama pemilik lesen,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu keracunan puding buih melibatkan dua beradik di Kuala Terengganu pada Rabu lalu.

Mangsa, Muhammad Aqil Rifqi Mohd Rusnizam, 9, dan adiknya, Nur Azzahra Raisha, 7, dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kira-kira sembilan jam selepas memakan puding buih itu Rabu lalu.

Kedua-duanya mula mengalami cirit-birit dan muntah, kira-kira jam 4 pagi, sehari selepas itu.

Insiden terbaharu itu menimbulkan kekecohan di kalangan netizen sekali gus mengingatkan mereka kepada tragedi hitam dua tahun lalu apabila seorang wanita maut selepas mengalami keracunan puding buih.

Untuk mengelakkan perkara itu daripada terus berleluasa, Dr Sharifa Ezat menyarankan agar hanya pemilik lesen terbabit dibenarkan menyediakan makanan dan berniaga di bazar Ramadan.

Malah katanya, jika ada pembantu atau pekerja, nama mereka juga perlu disenaraikan dalam borang permohonan pemilik lesen tersebut.

“Siapa yang dapat lesen patut dia yang berniaga, jadi kita boleh trace. Tapi isunya sekarang, kadang yang ambil lesen nama Aminah, dia ambil pembantu.

“Pembantu dia pula ada tiga, empat orang. Ada warga Bangladesh dan Indonesia, ini yang kita risau. Jadi patut ada senarai siapa yang bantu supaya kita senang nak kawal,” katanya.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Dalam pada itu, beliau turut mengesyorkan agar semua pemilik lesen serta pekerja mereka diwajibkan menjalani kursus penyediaan makanan dan kebersihan sebelum dibenarkan berniaga di bazar Ramadan.

“Memandangkan wabak COVID-19 masih ada dalam masyarakat, mereka perlu menjalani kursus tersebut secara atas talian sekurang-kurangnya empat jam.

“Sebagai contoh, mereka perlu hadir kursus tentang pakaian, kebersihan dan keselamatan selama dua jam manakala dua jam lagi mengenai penyediaan makanan bersih,” katanya.

Beliau berkata, menerusi cara itu, peniaga dan pekerja mereka boleh didedahkan dengan standard yang diperlukan dalam penyediaan makanan.

“Kalau ikut tak boleh siang ayam yang dijual dekat atas lantai, kena pakai pelandas dan besi. Lepas tu tak boleh siang dekat sinki, perlu ada meja khas. Mereka juga perlu membasuh tangan sebelum memulakan kerja, menyimpan kuku pendek dan bersih, menanggalkan baju luar atau penutup kepala atau apron sebelum ke tandas.

“Prosedur ini nampak simple tapi masalah itu kerap berlaku di kalangan pengendali makanan. Ini yang kita bimbang dan kalau boleh nak elakkan,” katanya.

Sementara itu, Dr Sharifa Ezat turut mencadangkan agar gerai di bazar Ramadan turut diberikan gred penilaian kebersihan menerusi pemantauan yang dilakukan.

“Kebiasaannya kedai makan akan ada pemeriksaan tahunan, sebab itu ada yang dapat gred A, B dan macam-macam lagilah. Itu menujukkan kadar kebersihan kedai tersebut.

“Tapi gerai di bazar Ramadan setakat ini tak ada. Jadi bagi saya, gerai tersebut juga perlu ada penilaian. Jika itu dilakukan, sekurang-kurangnya mereka ada langkah awal untuk elak kes keracunan makanan berlaku,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyarankan agar Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melakukan pemantauan dengan lebih kerap di semua tapak bazar Ramadan, khususnya gerai jualan makanan dan minuman bagi memantapkan lagi pasukan berkenaan.

“Tambah kakitangan dah memang perlu, tapi bagi saya kawalan bersama antara kedua-dua pihak tersebut dapat memantapkan lagi unit berkenaan.

“Bukan sahaja pengawasan, penguatkuasaan, kawalan dan pemeriksaan dapat dilakukan secara lebih teratur tetapi juga lebih sistematik. Ia juga dapat menambah baik nilai kerja kedua-dua pihak,” katanya. - Getaran, 11 April 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 7 bulan yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 15 jam yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Semasa 4 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM