web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cubaan Seludup Diesel Gagal, Warga Emas Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 12:24PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 5,000 liter diesel apabila dia ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Khamis lalu.

Suspek yang juga seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun ditahan di sebuah stesen minyak di Klang, Selangor ketika sedang mengisi diesel ke dalam tangki simpanan di stesen minyak terbabit.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam, berkata serbuan pada jam 10 malam oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa dari KPDNHEP Putrajaya itu dilakukan hasil risikan yang dilakukan sejak beberapa minggu.

“Ketika serbuan, pemandu lori terbabit baru saja membuat pengisian minyak berjumlah RM250 dan hasil pemeriksaan mendapati, dia membuat bayaran berjumlah RM1,000 bagi pengisian secara tunai.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati dua bahagian tangki simpanan lori berkenaan mengandungi minyak diesel dianggarkan berjumlah 5,000 liter,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Susulan serbuan, KPDNHEP turut menyita minyak diesel, lori tangki, satu set dekoder kamera litar tertutup (CCTV), invois, resit jualan serta belian berserta dokumen perniagaan yang lain dari stesen minyak berkenaan untuk tujuan siasatan.

Azman berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti rantaian pengedaran minyak diesel itu, bermula dari stesen minyak berkenaan sehingga ke peringkat pembeli.

Pada masa sama, Azman mengingatkan, mana-mana individu yang melakukan kesalahan sedemikian boleh diambil tindakan mengikut AKB 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

“Kementerian juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen stesen minyak terbabit sehingga siasatan selesai dijalankan dan keputusan kes dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata, syarikat terlibat juga akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel. - Getaran, 11 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Pahang Sita 630 Liter Minyak Diesel Subsidi Disyaki Cuba Diseleweng

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan