web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelajar UUM Nur Nabilah Selamat Tiba Di Tanah Air

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 11:15AM

Nur Nabilah selamat tiba di tanah air Jumaat lepas. - Gambar ihsan UUM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pelajar tahun akhir Universiti Utara Malaysia (UUM) Nur Nabilah Mohd Azahar yang cedera parah akibat kemalangan ketika melakukan latihan menyelam di Dive Division Curacao, Carribean pada Disember lalu selamat tiba di tanah air, Jumaat lepas.

Ketibaan Nur Nabilah disambut Naib Canselor UUM Prof Dr Haim Hilman Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, pegawai kanan dari Wisma Putra dan UUM serta ibu bapanya Mohd Azahar Zakaria dan Nor Manira Khalib.

Naib Canselor UUM itu berkata pesawat yang membawa Nur Nabilah, 25, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8 malam.

“Syukur kerana pelajar yang kita kasihi telah kembali ke tanah air dan Nur Nabilah akan meneruskan rawatan susulan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan berharap dia dan keluarganya terus kuat dan tabah.

“Terima kasih kepada pihak UUM, ibu bapa dan keluarga yang sentiasa mendoakan Nur Nabilah dan tidak lupa ucapan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Luar Negeri dan semua pihak yang terlibat dalam urusan rawatan pelajar kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu dalam kenyataan yang sama, ibu Nur Nabilah, Nor Manira berkata beliau berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu urusan rawatan anaknya sepanjang berada di luar negara.

“Syukur akhirnya anak saya berjaya dibawa pulang atas kerjasama semua pihak dan gembira kerana dapat melihat anak saya kembali dengan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, rakan baik pelajar itu, Aiman Qistina Balqis Azman yang sudah mengenali Nur Nabilah lebih tujuh tahun berkata beliau mengambil cuti semata-mata ingin menyambut kepulangan rakannya yang lebih mesra dengan panggilan ‘Bella’ dan mengharapnya segera sembuh.

Media sebelum ini melaporkan Nur Nabilah mengalami kecederaan parah di kaki kiri dan retak lengan kanan serta kaki kanan akibat terkena kipas bot ketika menjalani latihan menyelam di Dive Division Curacao, Carribean pada 28 Dis lepas.

Insiden itu berlaku ketika Nur Nabilah sedang menjalani latihan industri selama empat bulan di Dive Division Curacao sejak 13 Sept tahun lalu hingga 13 Jan dan akibat nahas berkenaan, kaki kanan pelajar berasal dari Alor Setar itu terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Hiba Hati Ayah Lihat Jasad Anak Lemas Di Takungan Air

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad