web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kesal Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 6:51PM

Sebuah kereta masuk ke perkarangan kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur pada 19 Mac. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).

"Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar, tidak membina dan tidak menghormati hubungan baik sesama masyarakat antarabangsa," kata kementerian dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Malaysia kini terpaksa akur dengan keputusan Korea Utara untuk menutup Kedutaan Malaysia di Pyongyang, yang operasinya telah ditangguhkan sejak 2017.

Wisma Putra berkata kerajaan akan mengeluarkan arahan supaya semua kakitangan diplomatik dan tanggungan mereka di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur meninggalkan Malaysia dalam masa 48 jam mulai hari ini.

Menurut laporan media, Pyongyang pada Jumaat mengumumkan akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas mahkamah awal bulan ini memutuskan seorang ahli perniagaan dari Korea Utara diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan pengubahan wang haram.

Keputusan sepihak Korea Utara jelas suatu yang tidak perlu, tidak wajar dan pastinya merosakkan usaha ke arah pemupukan keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini, menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata Malaysia berhak untuk bertindak terhadap keputusan Korea Utara itu demi melindungi kedaulatan dan memelihara kepentingan negara. 

"Malaysia percaya pendirian kita terhadap perkembangan kurang menyenangkan ini akan dapat dihargai dan difahami sepenuhnya oleh negara sahabat dan rakan yang berpegang teguh pada prinsip keadilan, kedaulatan undang-undang dan keharmonian bersama antara negara," katanya.

Mengenai ahli perniagaan Korea Utara Mun Chol Myong, Wisma Putra menjelaskan sebagai sebuah negara yang menjunjung prinsip keadilan, kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman, Malaysia telah memastikan ekstradisi dilakukan sesuai dengan prinsip-prinsip itu. 

Atas prinsip sama, kenyataan itu menyatakan Malaysia mengetepikan siri desakan Korea Utara yang menuntut pihak Eksekutif Malaysia supaya campur tangan terhadap sistem perundangan dan kehakiman negara ini.

"Ekstradisi ini hanya berlaku selepas semua proses perundangan dilaksanakan," menurut kenyataan itu.

Hak Mun ketika dalam tahanan dijamin dan dipenuhi, termasuk akses kepada peguam bela serta bantuan konsulat dan keluarganya dibenarkan melawat. 

Mun ditahan pihak berkuasa Malaysia pada 14 Mei 2019 berdasarkan waran tangkap sementara dikeluarkan di bawah Seksyen 13 (1) (b) Akta Ekstradisi 1992 atas tuduhan konspirasi pengubahan wang haram serta melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Tindakan sedemikian turut menjadi kesalahan menurut undang-undang Malaysia. Dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 Disember 2019, dan mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya," tambah kenyataan itu.

Permohonan untuk writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Dis, 2019 dan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 8 Okt, 2020 ditolak, kerana mahkamah mendapati permohonan dan rayuannya tidak berasas serta gagal memenuhi syarat di bawah Akta Ekstradisi. 

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam akaun Twitternya pada Jumaat berkata semua kakitangan diplomatik Malaysia dan tanggungan mereka di Kedutaan Malaysia di Pyongyang telah pulang ke tanah air pada 2017, selepas operasi kedutaan ditangguhkan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai keselamatan kakitangan diplomatik Malaysia di Pyongyang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad