web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


507 Kemasukan Ke Hospital, Selangor Guna Katil ICU Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 11:42AM

Selangor dilaporkan merekodkan penggunaan katil di ICU melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 507 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kesemua kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 211 kes (41.6 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 296 kes lagi (58.4 peratus), kategori 1 dan 2.

Menurut beliau, Selangor dilaporkan merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19.

Katanya, penggunaan katil ICU di negeri itu dicatatkan pada 56 peratus dengan 48 daripada 86 katil yang dikhaskan sudah digunakan.

Bagi katil bukan ICU pula, Dr Noor Hisham berkata, Selangor sekali lagi merekodkan penggunaan katil sebanyak 50 peratus.

“Untuk penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, tiada negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus,” katanya.

Pada masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan, daripada 206 pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke ICU, hanya 109 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 109 pesakit dengan peratusan penggunaan alat tersebut sebanyak 13 peratus. - Getaran, 9 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad