web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Buru Lelaki Mencuri Dalam Keadaan Bogel

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 9:17AM

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang melakukan jenayah pecah rumah dalam keadaan bogel di sebuah rumah di Seksyen 20, Shah Alam, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis sedang menjejaki seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang disyaki melakukan jenayah pecah rumah dalam keadaan berbogel susulan memasuki sebuah rumah di Seksyen 20, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan berkata mereka yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Shafarulrazi menerusi talian 010-8889910 atau 03-55202222.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Mohd Iqbal berkata lelaki berkenaan disyaki memasuki dan mencuri wang tunai di dalam rumah sepasang suami isteri yang bekerja di sebuah bengkel membaiki motosikal pada 3.30 pagi.

Katanya, ketika kejadian mangsa seorang wanita berusia 49 tahun dan anak perempuannya, 18 tahun sedang tidur di ruang tamu dan tersedar apabila terdapat cahaya silau mengenai matanya sebelum menyedari kehadiran suspek.

“Terkejut dengan perkara tersebut membuatkan mangsa menjerit sebelum suspek berlari keluar dari rumah mereka. Suspek yang berbogel itu dikatakan memakai pelitup muka ketika melakukan jenayah tersebut.

“Susulan jeritan si isteri, suaminya berusia 51 tahun juga tersedar dan keluar dari bilik tidur menuju ke arah mangsa. Namun, suspek didapati sudah tiada dan mereka mengalami kerugian wang tunai berjumlah RM1,600 hasil perniagaan,” katanya.  

Beliau berkata demikian mengulas berhubung sebuah video tular memaparkan seorang lelaki yang tidak dapat dikenal pasti bangsanya, memakai pelitup muka dan berbogel dilihat berkeliaran di perumahan Seksyen 19 sebelum melakukan jenayah pecah rumah di perumahan Seksyen 20. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 49 minit yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad