web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MAS Didesak Siasat, Perjelas Insiden Pesawat Berpatah Balik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 12:14AM

(Dari kanan) Halimah, Abdul Rahim dan seorang lagi penumpang Chui Ka Wai (kiri) turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Malaysia Airlines Berhad (MAB) digesa mengeluarkan laporan siasatan berhubung insiden pesawat MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau yang didakwa mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik, Ahad lalu.

Seorang penumpang pesawat itu, Abdul Rahim Awang Nong, 48 berkata, sehingga kini pihak terbabit gagal mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memberi penjelasan terperinci berhubung kejadian tersebut.

“Sebelum kejadian, keadaan cuaca sangat baik dan juruterbang turut mematikan isyarat tali pinggang menunjukkan segalanya berjalan lancar.

“Bagaimanapun, sekitar jam 3 petang, pesawat itu tiba-tiba menjunam seolah-olah jatuh beberapa kali,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, dianggarkan pesawat itu menjunam hampir 40 darjah dan penumpang mula menjerit ketakutan.

“Juruterbang dan kakitangan pesawat juga tidak memaklumkan kepada kami apa yang berlaku kecuali berkaitan penerbangan patah balik ke Kuala Lumpur,” katanya.

Kenyataannya itu juga sekali gus menafikan beberapa laporan media dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang dikeluarkan Selasa lalu.

Halimah Nasoha
Halimah Nasoha

Perkara itu turut diakui Halimah Nasoha, 39, yang mendakwa terlambung kerana ketika itu beliau membuka tali pinggang keselamatan.

"Terus terang sehingga kini saya dan beberapa penumpang lain masih trauma dengan kejadian tersebut.

“Malangnya, perkongsian saya muat naik di laman sosial dimanipulasi beberapa media sehingga mengundang kecaman ramai pihak,” katanya.

Halimah turut mendakwa sehingga kini dia tidak dihubungi pihak berkaitan, termasuk MAB berhubung kejadian itu.

“Seharusnya pihak berwajib, termasuk kementerian berkaitan campur tangan dalam isu ini dan melakukan siasatan terperinci dengan segera ke atas rakaman kotak hitam kerana ia membabitkan keselamatan awam.

“Sudah dua pesawat MAB terhempas sebelum ini dan kejadian Ahad lalu benar-benar meninggalkan kesan mendalam buat saya dan penumpang lain,” katanya yang turut menukar penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, esok.

Halimah juga kesal apabila MAB tidak menyediakan pasukan perubatan dan kaunseling sebaik mereka mendarat di Kuala Lumpur pada hari kejadian.

“Bayangkan ada penumpang yang kelihatan sesak nafas dan ketakutan ekoran kejadian tersebut.

“Seharusnya MAB dan kerajaan lebih bertanggungjawab kerana ia membabitkan tekanan emosi serta trauma kepada kami,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial bahawa pesawat milik MAB MH2664 ke Tawau dikatakan terjunam beberapa kali sebelum berpatah balik ke ibu negara.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Chester Voo menerusi kenyataan media menjelaskan pesawat itu mengalami masalah teknikal, menyebabkannya terpaksa berpatah balik. - Getaran, 9 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad