Berita Terkini

3 jam yang lalu: Sheng Yi nama anak ketiga pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China - Takiyuddin 3 jam yang lalu: Tedros Adhanom Ghebreyesus dilantik sebagai Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 5 jam yang lalu: OPS Pantau: KPDNHEP rampas nilai barangan lebih RM13.32 juta 5 jam yang lalu: Polis kenal pasti pelajar terlibat pergaduhan tular di Facebook 5 jam yang lalu: Kerajaan Pakistan larang Imran adakan protes di Islamabad

IKUTI KAMI


McDonald's Tunai Zakat Perniagaan RM500,000, Jumlah Tertinggi Dibayar Syarikat

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 9:57PM

McDonald's Malaysia menyampaikan sumbangan berbentuk kotak rezeki dan duit raya kepada 50 keluarga asnaf di sekitar kawasan Danau Kota, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - McDonald’s Malaysia menunaikan tanggungjawab membayar zakat perniagaan sebanyak RM500,000 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi tahun ini. 

Penyerahan tersebut adalah usaha McDonald's bagi menyantuni dan mendekati golongan memerlukan.

Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's Malaysia, Azhar Darbi berkata, penyerahan zakat itu adalah jumlah tertinggi dibayar sejak syarikat makanan segera berkenaan, melaksanakannya sejak lima tahun lalu. 

Menurut beliau, selepas diambil alih anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi, Lionhorn Pte Ltd pada 2017, bayaran zakat perniagaan ini adalah salah satu daripada inisiatif syarikat tersebut bagi menyumbang kembali kepada masyarakat memerlukan dan nilai teras McDonald's. 

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PPZ-MAIWP atas penyerahan Sijil Pembayar Zakat Perniagaan kepada McDonald's Malaysia.

“Diharap dengan sijil yang akan dipamerkan di restoran kami, keyakinan masyarakat terhadap syarikat kami akan tetap utuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan kepada PPZ- MAIWP dan sumbangan kepada keluarga asnaf di McDonald's Danau Kota, hari ini.

Terdahulu, Azhar menyampaikan simbolik replika zakat perniagaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman sambil disaksikan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya.

Pada majlis sama, McDonald's mengadakan Program Ziarah Komuniti Asnaf dengan menyantuni 50 keluarga asnaf di sekitar kawasan Danau Kota, Kuala Lumpur dan menyerahkan sumbangan wakalah agihan dalam bentuk kotak rezeki serta duit raya, selain menaja juadah moreh kepada 600 masjid.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, sehingga kini pihaknya membayar zakat perniagaan berjumlah RM9.85 juta kepada pusat pungutan zakat negeri di seluruh negara sejak 2017.

Sementara itu, sebagai pengiktirafan kepada McDonald's Malaysia yang berterusan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai sebuah entiti perniagaan milik umat Islam, Abdul Hakim menegaskan pihaknya menyerahkan Sijil Pembayar Zakat Perniagaan kepada syarikat berkenaan. 

Lebih membanggakan, beliau berkata, ia akan dipamerkan di lebih 40 restoran McDonald's di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Tahniah diucapkan kepada McDonald's Malaysia kerana menjadi satu syarikat contoh yang boleh diikuti oleh syarikat lain.

“Sebagai satu nama besar, saya yakin McDonald’s Malaysia mampu mempengaruhi lebih banyak syarikat di luar sana dalam menunaikan zakat perniagaan, sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi asnaf,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hakim berkata, rekod kutipan zakat perniagaan bagi tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 28 peratus, berbanding tahun sebelumnya.

Jelasnya, kutipan zakat perniagaan pada tiga bulan pertama meningkat kepada RM21.99 juta, berbanding RM17.1 2 juta pada tahun lalu.

“Bagi kutipan zakat secara keseluruhan pula, meningkat sebanyak 12 peratus untuk tempoh sama iaitu RM163 juta berbanding RM145 juta tahun sebelumnya.

“Ini satu pencapaian agak baik di kala negara masih lagi berhadapan cabaran meningkatkan semula ekonomi negara dan kita harapkan pembayaran zakat terus meningkat,” katanya. - Getaran, 8 April 2022.

Sorotan

1

Ada Apa Dengan Melayu

2

Remaja Tembak Mati 21 Orang Di Sebuah Sekolah Di Texas

3

Banjir Kilat, Pokok Tumbang Di Seremban

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kerajaan Perlu Bantu Ibu Bapa Pesakit HFMD, Beri Cuti Khas

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Jagung Sebagai Alternatif Dedak Ayam, Negeri Diminta Sedia Tanah

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

NAFAS Sedia Sahut Cabaran PM, Miliki Kemudahan Lengkap Pengimport Ayam

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Cacar Monyet, KKM Perlu Keluar Garis Panduan Jelas, Perketat Kawalan Sempadan

oleh Susan Albert