web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jurulatih Selam Warga Norway Hilang Di Mersing Ditemukan Selamat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 2:48PM

Kristine Grodem (kiri) ditemukan terapung, lengkap berpakaian dengan kelengkapan selam oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand. - Gambar ihsan Maritim Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Jurulatih selam Kristine Grodem, seorang daripada empat penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, ditemukan selamat di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi hari ini, kira-kira 30 batu nautika dari lokasi kejadian.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata Grodem, 35, ditemukan terapung, lengkap berpakaian dengan kelengkapan selam oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi ini.

“Setelah ditemukan, mangsa dipindahkan ke helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan kemudiannya dibawa ke Mersing untuk rawatan lanjut.

“Usaha untuk mencari baki tiga lagi mangsa iaitu Alexia Alexandra (18 tahun, warga Perancis); Adrian Peter (46 tahun, warga British) dan anaknya, Nathen Renze (14 tahun, warga Belanda) diteruskan dengan aset-aset kita,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Pejabat Daerah Mersing, di sini hari ini.

Nurul Hizam berkata pencarian di laut meliputi kawasan seluas 107 batu nautika manakala pencarian menerusi aset udara meliputi 270 batu nautika, dengan tumpuan ke arah selatan lokasi kejadian.

“Mangsa hanyut ke selatan dan ditemui di sekitar perairan Tanjung Sedili. Dia dalam keadaan stabil dan tiada kecederaan serius.

“Mangsa kini berada di Hospital Mersing untuk pemeriksaan kesihatan,” kata Nurul Hizam.

Beliau juga berkata pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia dan pihak berk mengenai empat penyelam yang dipercayai han uasa Singapura turut dimaklumkan yut ke arah selatan pulau berkenaan.

Selain itu, Jabatan Laut juga telah mengeluarkan notis pemakluman kepada kapal-kapal yang berlayar sekitar lokasi terbabit untuk membantu sekiranya terjumpa mangsa.

Terdahulu, Grodem tiba di Stadium Mini Mersing menaiki helikopter pada 12.05 tengah hari tadi.

Wanita itu yang keluar dari helikopter tanpa bantuan pengusung kemudiannya dibawa ke ambulans sebelum dibawa ke Hospital Mersing.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing.

Pada kejadian tengah hari semalam, empat penyelam warga asing hilang ketika menyelam di perairan pulau berkenaan, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di sini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Hilang 2 Minggu, Jaslinda Akhirnya Ditemui Selamat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

6 Sekeluarga Dilaporkan Hilang Disahkan Selamat - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rumah Kedai Diserbu, 21 Lelaki Bangladesh Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan