web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Bang Chik’ Ditahan Terlibat 23 Kes Pecah Tabung Surau, Masjid Di Melaka

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 11:28AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang lelaki dikenali sebagai ‘Bang Chik’ ditahan dipercayai terlibat dalam 23 kes jenayah pecah tabung surau dan masjid di sekitar Melaka sejak Januari lepas melibatkan kerugian RM5,650.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata suspek berusia 33 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Pantai Puteri di sini dalam Op Tabung kira-kira 12.15 pagi pada 1 April lepas.

Beliau berkata hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku melakukan jenayah pecah tabung masjid dan surau di negeri berkenaan melibatkan 16 kes di Melaka Tengah, Alor Gajah (enam kes) dan Jasin (satu kes).

“Beliau melakukan jenayah berkenaan seorang diri antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi dan turut mengaku terlibat dalam jenayah pecah tabung di beberapa masjid dan surau di Negeri Sembilan.

“Modus operandi kes ini ialah suspek masuk ke dalam masjid atau surau yang kebanyakannya tidak berkunci sebelum bertindak memecahkan mangga tabung yang diikat pada tiang di premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati suspek yang tidak bekerja itu menggunakan duit hasil jenayah untuk perbelanjaan harian, membaiki motosikal dan membeli dadah.

Katanya suspek yang ditahan reman sehingga hari ini, turut mempunyai 19 rekod lampau terdiri dari 13 rekod jenayah dan enam rekod dadah.

Zainol berkata kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara dan denda.

Dalam pada itu, beliau berkata jenayah pecah tabung masjid dan surau meningkat sebanyak 24 kes kepada 41 kes dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding 17 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Peningkatan kes berkenaan menunjukkan trend yang membimbangkan bagi jenayah pecah tabung masjid dan surau di Melaka.

“Justeru ‘task force’ Op Tabung telah ditubuhkan bagi mengesan suspek terlibat sekali gus  membanteras jenayah berkenaan daripada terus meningkat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad