web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penghantar Makanan Ditahan Kes Cabul 2 Wanita

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 3:58PM

Wan Kamarul Azran Wan Yusof - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan e-hailing ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes mencabul dua wanita di pusat komersial Tamarind Square, Cyberjaya, tengah hari tadi.

Suspek berusia 20 tahun dikesan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang merakam nombor pendaftaran motosikal dinaiki lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, hasil semakan CCTV di sekitar kawasan terbabit, menunjukkan suspek menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna merah.

“Hasil maklumat diperoleh, suspek didapati seorang penghantar makanan e-hailing.

“Bertindak atas maklumat, polis pergi ke alamat Taman Putra Perdana di Puchong sebelum menahan suspek, selain merampas barang kes digunakannya ketika kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, polis memburu seorang lelaki bermata juling yang disyaki mencabul dua wanita di lokasi sama dalam masa selang 15 minit dekat parkir sebuah bangunan komersial Tamarind Square, Cyberjaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian itu membabitkan dua wanita berusia 27 dan 34 tahun.

Menurutnya, dalam kejadian pertama pada kira-kira jam 2 petang itu, mangsa menaiki lif untuk turun ke tingkat satu bersama tiga lagi individu, sebelum ke kenderaannya.

“Secara tiba-tiba, seorang lelaki menghampiri wanita berkenaan dan mahu membantu dengan mengambil troli dibawa mangsa.

“Mangsa menolak permintaan itu dan suspek tetap mengambil barangan mangsa dan membantu memasukkannya ke dalam kenderaan.

“Suspek tiba-tiba meramas punggung mangsa dengan tangannya sebelum melarikan diri,” katanya.

Jelasnya, mangsa menyatakan lelaki itu dipercayai berkulit gelap dan berpakaian serba hitam, menyandang beg silang warna hitam serta memakai pelitup muka yang tidak pasti warnanya,

“Mangsa melihat lelaki itu bermata juling dan menyatakan tidak mengenali suspek serta mendakwa mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini. Perbuatan lelaki itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Beliau berkata, selang 15 minit, seorang wanita berusia 34 tahun dicabul dipercayai oleh suspek serupa ketika menunggu lif di tingkat 2 di bangunan sama.

“Menurut mangsa, seorang lelaki tiba-tiba datang dari arah belakang memeluk dan mencabulnya, sebelum dia memusingkan badan untuk melepaskan diri serta terjatuh akibat ditolak suspek.

“Lelaki memakai seluar dan baju lengan panjang berwarna hitam itu kemudian bergegas melarikan diri, namun CCTV diperoleh mendapati dia suspek sama dengan kes pertama,” katanya. – Getaran, 6 April 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 36 minit yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek