web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peraturan Baharu Tangani Kenderaan Asing ‘Curi’ Isi RON95 Diumum Dalam Sehari Dua

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 12:59PM

Alexander Nanta Linggi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengumumkan peraturan baharu bagi menangani isu kenderaan asing yang ‘curi-curi’ mengisi petrol bersubsidi RON95 dalam tempoh terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, mekanisme tersebut sudah dan sedang diperhalusi di peringkat Kabinet.

“Kami sedar (mengenai isu ini) sebab melihat apa yang tular, ada aduan. Memang sejak sempadan dibuka beberapa hari lalu, kenderaan negara asing menggunakan RON95.

“Sebab itu kami di Kabinet sekarang sudah dan sedang memperhalusi peraturan baharu yang akan saya umumkan dalam sehari dua nanti untuk menangani masalah ini,” katanya pada program Agenda AWANI, malam tadi.

Menurut beliau, selama ini pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), meminta kerjasama daripada pengusaha stesen minyak untuk memantau dan melarang kenderaan bernombor plat asing cuba mengisi RON95.

Katanya, pendekatan tersebut digunakan kerana kementerian berdepan masalah kekurangan anggota penguat kuasa untuk memantau kegiatan terbabit.

“Kita (pihak kementerian) hanya ada lebih 2,000 anggota penguat kuasa di seluruh negara. Kalau diminta pantau setiap stesen, memang tidak mencukupi sebab kita juga kena mengawal bidang dan sektor lain.

“Jadi saya naklah kalau dapat ditambah anggota sedikit tapi ini perancangan jangka panjanglah. Memang kita tidak mampu,” katanya.

Bagaimanapun pendekatan tersebut dilihat kurang berkesan kerana isu besar itu masih gagal ditangani sehingga hari ini.

Susulan keadaan itu, Alexander berharap peraturan baharu bersifat lebih menyeluruh yang akan diumumkan dalam masa terdekat, berupaya memperbaiki kelemahan tersebut.

Pada masa sama, katanya, trend yang berlaku sejak sekian lama itu memberi kerugian besar kepada negara.

“Ini termasuk kerugian subsidi yang kerajaan beri untuk memastikan RON95 yang ditetapkan pada harga RM2.05 seliter dijual untuk kegunaan rakyat Malaysia bagi menangani masalah kos tinggi.

“Jadi RON95 bersubsidi amat besar lebih-lebih lagi sekarang kerana harga minyak di peringkat global meningkat banyak. Sebab itu masalah ini bukan isu kecil dan mesti ditangani secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan seorang lelaki dirakam mengisi petrol menggunakan nozel kuning ke sebuah kenderaan jenis Mitsubishi bernombor plat Singapura di sebuah stesen minyak di Jalan Pandan, Johor Bahru.

Perkongsian tersebut mengundang kecaman dalam kalangan netizen dengan rata-rata menyindir perbuatan agak melampau itu.

Mereka tidak berpuas hati apabila RON95 yang dijual menerusi subsidi kerajaan khusus kepada rakyat negara ini, turut dinikmati kenderaan asing.

KPDNHEP sebelum ini menegaskan, RON95 bukan untuk kenderaan bernombor plat asing, malah tindakan tegas akan diambil ke atas pihak didapati melakukan kesalahan berkaitan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974). - Getaran, 6 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad