web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alexander Arah Tindakan Agresif, Tegas Pantau Kenderaan Asing Beli RON95 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 6:39PM

Tindakan lelaki ini mengisi minyak RON95 pada kenderaan bernombor pendaftaran Singapura di Jalan Pandan dekat Johor Bahru telah mendapat kecaman ramai di media sosial. - Gambar dari Facebook Ika Atikah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan dan pemantauan agresif akan dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi  menangani isu kenderaan warga asing mengisi RON95, termasuk mengenakan tindakan lebih tegas. 

Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan itu boleh diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang. 

"Saya sudah mengarahkan pasukan penguatkuasa KPDNHEP untuk melakukan siasatan dan pemantauan dengan lebih agresif dan ketat. 

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini. 

Beliau memberi respon itu berdasarkan laporan media yang mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah warga Singapura mengisi RON95 di  stesen minyak di Johor Bahru, baru-baru ini. 

Larangan penjualan RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing sudah dilaksanakan sejak 1 Ogos 2010. 

Namun, undang-undang terbabit seolah-seolah dipandang enteng dan tidak dihormati segelintir rakyat negara asing, khususnya dari republik berkenaan yang bertindak selamba mengisi petrol jenis itu. 

Walaupun bukan isu baharu, trend itu dilihat bagaikan tidak berkesudahan dan lebih membimbangkan, semakin menjadi-jadi kebelakangan ini selepas sempadan antara Malaysia dan Singapura mulai dibuka, 1 April lalu. 

Terbaharu, Getaran melaporkan seorang lelaki dirakam mengisi petrol menggunakan nozel kuning ke sebuah kenderaan jenis Mitsubishi bernombor plat Singapura di sebuah stesen minyak di Jalan Pandan, Johor Bahru. 

Perkongsian tersebut mengundang kecaman dalam kalangan netizen dengan rata-rata menyindir perbuatan agak melampau itu. 

Mereka tidak berpuas hati apabila RON95 yang dijual menerusi subsidi kerajaan khusus kepada rakyat negara ini, turut dinikmati kenderaan asing. 

KPDNHEP sebelum ini menegaskan RON95 bukan untuk kenderaan bernombor plat asing, malah tindakan tegas akan diambil ke atas pihak didapati melakukan kesalahan berkaitan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974). 

Sementara itu, jurucakap KPDNHEP Johor berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik stesen minyak yang gagal memantau penyalahgunaan RON95 mengikut undang-undang. 

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat, termasuk gambar dan lokasi stesen minyak jika mereka terlihat kenderaan bernombor pendaftaran asing mengisi RON95. 

"Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi e-aduan KPDNHEP di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my, WhatsApp di talian 019-2794317 atau talian bebas tol 1-800-886-800," katanya. - Getaran, 5 April 2022. 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad