web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Struktur Kos Pengambilan PDI Akan Dikaji Setiap 3 Bulan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 3:43PM

M. Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Struktur kos pengambilan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) akan dikaji setiap tiga bulan oleh Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Malaysia-Indonesia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam kenyataan di sini hari ini berkata ia bagi memastikan struktur kos berkenaan seiring dengan keperluan semasa yang mengambil kira perubahan kadar tambang pengangkutan dan kos ujian kesihatan.

Beliau berkata struktur kos pengambilan PDI yang dipersetujui menerusi Memorandum Persefahaman berhubung Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (MoU PDI) merangkumi 15 komponen kos di Malaysia dan Indonesia.

“Contoh komponen kos di Malaysia antaranya termasuklah Deposit Keselamatan Imigresen, insurans, pemeriksaan kesihatan, levi, dan permit kerja.

“Contoh komponen kos di Indonesia pula antaranya seperti pasport, visa kerja, sijil kesihatan, sijil kompetensi, dan ujian psikologi. Semua kos pengambilan PDI adalah di bawah tanggungan majikan selaras dengan garis panduan Fair Recruitment Initiative yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),” katanya.

Saravanan berkata MoU PDI yang ditandatangani pada 1 April lepas di Jakarta, Indonesia merupakan penambahbaikan daripada MoU terdahulu di mana struktur kos sebelum ini hanya menggariskan komponen yang terlibat tanpa menetapkan kadar harga.

"Pelbagai masalah timbul dalam pelaksanaan MoU terdahulu kerana struktur kos yang tetap dan terlampau rendah berbanding pasaran semasa yang menyebabkan majikan terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan khidmat PDI dan perkara ini telah diatasi dalam MoU PDI baharu," katanya. 

Saravanan berkata menerusi MoU itu, majikan dijangka dapat menjimatkan kos pengambilan sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 memandangkan tiada lagi keperluan kuarantin bagi PDI kecuali bagi mereka yang positif semasa ujian saringan COVID-19 dilakukan di negara ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad