web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


EU Terima Sijil Vaksinasi Dan Saringan COVID-19 Malaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 9:02PM

Ursula Von Der Leyen - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Kerajaan Malaysia kini diiktiraf Kesatuan Eropah (EU) untuk mempermudah pergerakan pengembara Malaysia di negara anggota EU.

Keputusan Suruhanjaya Eropah mengenai pengiktirafan itu berkuat kuasa mulai 4 April 2022.

Dalam satu kenyataan di laman sesawang EU, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der Leyen berkata bagi membolehkan pengiktirafan itu beroperasi, Malaysia akan disambung kepada kerangka kerja Sijil COVID Digital EU yang ditubuhkan di bawah Peraturan (EU) 2021 /953.

“Sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia menepati ‘Sistem Pengurusan Vaksin’ kesatuan itu dan dianggap setara dengan yang dikeluarkan mengikut Peraturan (EU) 2021/953,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, bagi melindungi kepentingan Kesatuan, khususnya dalam bidang kesihatan awam, Suruhanjaya boleh menggunakan kuasanya untuk menggantung permohonan keputusan itu atau memansuhkannya, jika syarat Perkara 8(2) Peraturan (EU) 2021/953 tidak lagi dipatuhi.

Malaysia pada 18 November 2021 menyediakan maklumat terperinci kepada Suruhanjaya itu mengenai pengeluaran sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 di bawah ‘Sistem Pengurusan Vaksin’.

“Malaysia memaklumkan kepada Suruhanjaya bahawa ia menganggap sijil COVID-19 dikeluarkan mengikut piawaian dan sistem teknologi, yang saling beroperasi dengan kerangka kerja ditetapkan Peraturan (EU) 2021/953 dan membenarkan pengesahan ketulenan, kesahihan dan integriti sijil-sijil itu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia Michalis Rokas turut memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu di akaun Twitternya.

“Berita baik: EU telah menerima permintaan Malaysia @officialmosti untuk mewujudkan kesetaraan antara Sijil COVID Digital EU dan MySejahtera Malaysia. Merancakkan lagi perniagaan dan pelancongan!,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad