Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Baharu COVID-19 Turun 2 Hari Berturut-turut, Kematian Bertambah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 12:45PM

56 kes kematian direkodkan semalam akibat COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14,692 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam yang menyaksikan penurunan bagi dua hari berturut-turut, berbanding 17,476 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,234,087 kes.

Menurut beliau, jumlah kes baharu tersebut membabitkan 14,474 kes tempatan dengan 639 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih membabitkan pesakit kategori 1, iaitu tidak bergejala, dengan jumlah 8,557 atau 58.24 peratus. Sebanyak 6,056 kes pula berada dalam kategori 2 (bergejala ringan).

“Sebanyak 27 kes atau 0.18 peratus berada dalam kategori 3, manakala 19 kes atau 13 peratus (kategori 4) dan 33 kes atau 23 peratus (kategori 5),” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, daripada 79 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan semalam, 46 kes atau 58.23 peratus berumur 60 tahun dan ke atas. 

“Sebanyak 42 kes atau 53.16 peratus sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, tetapi belum menerima suntikan penggalak dan 42 kes mempunyai komorbid. 

“Sejumlah 19 kes atau 24.06 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, manakala 18 kes atau 22.78 peratus sudah menerima dos penggalak,” katanya. 

Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat pertambahan dua kluster di negara ini semalam, menjadikan 190 kluster masih aktif sehingga kini.

Katanya, perkembangan itu secara keseluruhannya menyaksikan sebanyak 6,940 kluster direkodkan di Malaysia setakat ini, sejak pandemik berkenaan dikesan.

“Bagi kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 261 kes, iaitu 124 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19 dan 137 disyaki, berkemungkinan atau dalam siasatan.

“Sebanyak 153 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, angka kematian baharu akibat COVID-19 meningkat apabila sejumlah 56 kes kematian direkodkan semalam, berbanding 30 kes kelmarin.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, 11 kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini mencecah 35,069 orang daripada 4.19 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

“Sebanyak 201,232 kes aktif COVID-19 direkodkan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, seramai 196,491 individu kuarantin di rumah, manakala 555 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 3,925 dimasukkan ke hospital,” katanya. - Getaran, 3 April 2022.
 

Sorotan

1

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

2

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

3

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

4

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

5

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

6

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

Semasa 17 jam yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

Semasa 1 hari yang lalu

PM Tiba Di Doha Untuk Lawatan 3 Hari

Semasa 17 jam yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah