web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbabit Edar Ganja, Suami Isteri Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 9:57PM

Antara dadah yang dirampas. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri antara lapan individu yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah jenis ganja di sekitar Lembah Klang, semalam.

Pasangan suami isteri berusia 26 dan 32 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di tepi Jalan Robertson, Bukit Bintang kira-kira jam 4.10 petang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek ditahan bersama ketulan mampat dadah dipercayai ganja seberat 1.9 kilogram.

Menurutnya, susulan tangkapan tersebut, pihaknya melancarkan dua lagi serbuan di sekitar Lembah Klang sebelum menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia 19 hingga 40 tahun.

“Dalam serbuan itu, polis merampas dadah dipercayai jenis ganja seberat 5,588 gram (5.6 kilogram).

“Sindiket ini dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ganja untuk pasaran Lembah Klang sejak November tahun lalu,” katanya hari ini.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM41,550 dan boleh digunakan  14,962 penagih dadah.

“Hasil saringan air kencing terhadap semua suspek mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Semua suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 8 April depan untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek yang positif turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 2 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad