web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Sebar Maklumat Tidak Sahih Mengenai Kematian Jururawat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 10:43AM

Jangan buat rumusan sendiri berhubung kematian jururawat di Sungai Petani, dua hari lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PULAU PINANG - Orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan sahih mengenai kematian seorang  jururawat yang bertugas di Hospital Pulau Pinang. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Asmayani Khalib berkata, arwah yang berusia 45 tahun itu telah menjalani suntikan vaksin  COVID-19 (Comirnaty) pada 12 Mac lalu.

“Beliau tidak dikesan mempunyai sebarang kontraindikasi dan pemerhatian selepas divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menunjukkan beliau stabil.

“Pegawai (arwah) hanya mengadu lenguh pada tempat suntikan iaitu pada tangan kiri selepas suntikan, namun telah bekerja seperti biasa mengikut shif  di hospital,” kata Dr Asmayani dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Dr Asmayani lagi, jururawat terbabit sememangnya mempunyai penyakit darah tinggi kronik.

Beliau berkata, pada 16 Mac lalu, “Allahyarhamah telah mengadu kepada suaminya bahawa beliau tidak selesa bernafas, tetapi tidak mendapatkan sebarang rawatan perubatan atau melaporkan kepada pasukan PPV,” ujarnya lagi. 

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian jururawat berkenaan disahkan tidak mempunyai kaitan dengan suntikan vaksin COVID-19.

“Jururawat berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung lima hari selepas vaksinasi, tiada kaitan dengan suntikan vaksin yang diberikan,” katanya kepada BH.

Sementara Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin pula meminta semua pihak tidak membuat rumusan sendiri berhubung kematian jururawat berkenaan.

Ia termasuklah dakwaan dengan mengaitkan punca kematian wanita berusia 45 tahun itu dengan pengambilan vaksin COVID-19.

Jelas Khairy, biar siasatan dibuat bagi menentukan punca kematiannya. - Getaran, 19 Mac 2021 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad