web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Bawa Warga Asing Nekad Bolosi SJR Di LPT1

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 8:27AM

Datuk Ramli Mohamed Yoosuf - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang lelaki yang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan dan membawa 12 warga Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri berjaya ditahan polis selepas bertindak nekad meloloskan diri daripada sebuah sekatan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) di Gambang, di sini semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata tindakan suspek berusia 33 tahun yang memandu Nissan X-Trail itu menyebabkan polis melepaskan lima das tembakan termasuk ke arah tayar hadapan kenderaan itu yang akhirnya berhenti selepas satu kilometer akibat tayar pancit.

“Suspek sebelum itu dikatakan memecut laju kenderaannya secara tiba-tiba semasa menghampiri SJR berkaitan Operasi Samseng Jalanan di Kilometer 200 lebuh raya itu dan menggunakan lorong kecemasan untuk melarikan diri sebelum cuba memasuki semula lorong laju sehingga hampir melanggar anggota polis yang bertugas.

“Polis melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran namun pemandu enggan berhenti menyebabkan kenderaan peronda lebuh raya (EMPV) terpaksa mengejarnya.

“Selepas kenderaan berhenti, suspek juga telah melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sebelum berjaya ditangkap,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Ramli berkata pemeriksaan lanjut menemukan 12 lelaki warga Myanmar menaiki kenderaan itu, selain seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai anak saudara kepada suspek yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian pada 11 pagi itu, walaupun kenderaan suspek telah melanggar sebuah kenderaan semasa cuba melarikan diri.

Kenderaan itu dipercayai dari Kelantan menuju ke Petaling Jaya, Selangor.

Semua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut termasuk di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 186 kanun sama kerana menghalang tugas polis serta Akta Imigresen 1959.

Sementara itu, mengulas mengenai operasi berkenaan, Ramli berkata operasi melibatkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan serta Bukit Aman yang bermula dari 10 pagi itu menyaksikan 138 saman dikeluarkan, 14 motosikal disita serta tiga individu ditahan atas pelbagai kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 53 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad