web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Kadar Zakat Fitrah Di Wilayah Persekutuan, RM7 Kadar Wajib - Idris

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 9:41PM

MAIWP menetapkan 3 kadar zakat fitrah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk tahun ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menetapkan  tiga kadar zakat fitrah bagi pembayar zakat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk tahun ini, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata penetapan kadar RM7,RM14 dan RM21 itu dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan, dengan kadar wajib zakat fitrah tahun ini ialah RM7.

Katanya nilai RM7 itu adalah berdasarkan harga beras yang majoriti digunakan rakyat Malaysia dan bersesuaian dengan harga beras super tempatan gred lima peratus hancur yang dijadikan sebagai rujukan beras yang banyak digunakan.

“Sementara itu dua lagi kadar zakat fitrah yang ditetapkan ialah masing-masing RM14 dan RM21, kepada individu berkemampuan dan ingin membayar zakat fitrah secara gandaan mengikut jenis beras yang dimakan.

“Bayaran zakat fitrah melebihi kadar minimum adalah digalakkan secara sukarela dan tanpa paksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Idris berkata sejajar dengan norma baharu, orang ramai boleh membuat bayaran secara atas talian menerusi 14 platform pembayaran zakat fitrah yang disediakan PPZ-WAIWP, antaranya Gopay, Jompay dan Portal PPZ.

Beliau berkata tahun ini MAIWP turut melantik 811 amil (petugas) untuk kutipan zakat fitrah di kaunter bayaran yang akan dibuka di masjid, pasar raya dan beberapa lokasi lain yang menjadi tumpuan orang ramai.

Katanya setiap amil juga akan diberikan QR Code yang boleh diimbas untuk transaksi tanpa tunai. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad