Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tidak Benar Individu Positif COVID-19 Undi, BERSIH Akan Saman KKM, SPR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Mar 2022 4:36PM

BERSIH mendapati kira-kira 18,000 individu dikuarantin pada hari pengundian PRN Johor, 12 Mac lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan mengambil tindakan saman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana menghalang hak pemilih yang positif COVID-19 bagi membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac lalu.

Pengerusi BERSIH, Thomas Fann berkata, tindakan SPR  adalah satu pelanggaran di bawah Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada pemilih untuk mengundi.

Lantaran itu, beliau menyeru individu yang dikompaun kerana hadir ke pusat mengundi dalam tempoh kuarantin selepas disahkan positif COVID-19, tampil bertemu pihaknya agar tindakan undang-undang berkenaan dapat diambil dalam masa terdekat.

“Pemantau BERSIH sudah merekodkan lima insiden di mana pengundi berstatus COVID-19 hadir ke pusat pengundian dan diarahkan pulang oleh penyelia pusat pengundian, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih, Sekolah Agama Taman Molek, Sekolah Agama Bandar Seri Alam dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tun Aminah. 

“Satu kes lagi adalah pengundi di DUN Larkin (kes tular) di mana beliau dikompaun RM1,000 dan diarah pulang. Kita berharap agar mereka yang dikompaun dapat bertemu dengan kita agar KKM dan SPR boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Memang ada peluang untuk kita saman, namun perlu mendapatkan kerjasama daripada individu sudah dikompaun itu. Proses ini sedang kita laksanakan dan kemungkinan mengambil masa dua minggu sebelum surat saman dihantar kepada KKM serta SPR,” katanya.

Thomas Fann - Gambar fail
Thomas Fann - Gambar fail

Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan Pemerhatian PRN Johor yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom, hari ini.

Terdahulu, seorang wanita lingkungan 30-an dikompaun RM1,000 kerana hadir ke pusat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dalam tempoh kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.

Kompaun itu dikenakan Inspektor Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru selepas membuat pemeriksaan ke atas aplikasi MySejahtera wanita terbabit yang menunjukkan status merah semasa tiba di Dewan Kampung Melayu Majidee untuk membuang undi.

Wanita itu memberikan alasan tidak mengetahui bahawa individu masih menjalani kuarantin dilarang hadir membuang undi.

Dia mendakwa berlaku salah faham selepas ada pihak memberitahunya masih boleh mengundi walaupun dalam tempoh kuarantin.

Pada masa sama, Thomas berkata, inisiatif terbabit dilakukan pihaknya bagi membuka mata kerajaan agar perkara itu tidak berulang, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Menurut beliau, hasil pemerhatian daripada pemantau BERSIH mendapati, kira-kira 18,000 individu dikuarantin ketika hari pengundian PRN Johor pada 12 Mac lalu.

“Jumlah itu adalah besar dan kalau kesemua mereka itu dibenarkan mengundi, peratusan keluar undi pasti akan meningkat. Seharusnya SPR mencari jalan bukannya menyekat mereka untuk laksanakan tanggungjawab mereka.

“Berdasarkan undang-undang, hanya mereka yang tidak mencapai had umur 18 tahun dan sekiranya melakukan kesalahan jenayah tertakluk pada Perlembagaan sahaja tidak dibenarkan mengundi pada pilihan raya,” katanya.

Secara keseluruhannya, Thomas memuji proses pengundian dilakukan SPR dan KKM yang berjalan dengan lancar, namun kedua-dua pihak berkenaan perlu memandang serius terhadap larangan kepada pemilih positif COVID-19 untuk keluar mengundi.

“Sewajarnya SPR menjalankan tanggungjawab Perlembagaan yang diberikan kepada mereka untuk membantu semua pengundi, termasuk pengundi berstatus positif COVID-19 melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai warga negara dalam proses pilihan raya. 

“SPR perlu lebih memainkan peranan untuk meyakinkan pengundi turun mengundi pada pilihan raya. Sasaran 70 peratus jumlah turun mengundi oleh SPR tersasar teruk pada PRN Johor apabila hanya 54.92 peratus pemilih keluar membuang undi,” katanya. – Getaran, 30 Mac 2022.

Sorotan

1

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kejar Lebih 15Km, Polis Tahan Lelaki Di BKE

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Komited Mainkan Peranan, Desak Henti Serangan Ke Atas Rafah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

Semasa 1 hari yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan