web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pensyarah Hina Pelajar: UiTM Akan Ambil Tindakan, Tiada Kompromi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 3:12PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (dua, kanan) menyerahkan sijil penghargaan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli kepada Dr Roziah Mohd Janor (dua, kiri) pada Majlis Pelancaran Program 'One To One Tree' di UiTM hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pensyarah yang mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap pelajar tidak memiliki komputer riba dan golongan B40.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihak universiti awam (UA) berkenaan tidak akan berkompromi berhubung isu seumpama itu.

Katanya, pihaknya kini sedang meneliti tindakan susulan, termasuk ke atas pensyarah wanita lantikan kontrak itu yang mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU) di UiTM Seri Iskandar, Perak.

“Tindakan akan diambil tetapi saya tidak boleh jelaskan di sini (bentuk tindakan). Dia adalah pensyarah kontrak dan ada laluan sebelum tindakan diambil.

“Sebenarnya, saya difahamkan bahawa perkara tersebut berlaku pada semester lepas, iaitu antara September 2021 dan Januari 2022, bukan berlaku semalam. Isu ini seperti ada perancangan mengapa ia dimuat naik semalam.

“Bagaimanapun, kita sudah kesan penuntut tersebut dan kita sudah hantar peralatan (komputer riba) yang dia perlukan,” katanya kepada media menerusi satu program membabitkan UiTM.

Roziah berkata, pensyarah itu dikenali sebagai tenaga pengajar yang bagus dan mungkin berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan.

“Pensyarah UiTM semua mahu yang terbaik untuk pelajar mereka, mungkin pertanyaan dia (pensyarah kontrak tersebut) itu tidak kena dan terbawa-bawa.

“Bukan pelajar sahaja stress (tertekan), pensyarah juga stress, kita jangka dia juga dalam keadaan tertekan. 

“Saya perlu bertimbang rasa untuk pelajar dan staf saya. Saya tidak bagi orang tularkan staf saya, saya perlu jaga kedua-dua belah pihak, pelajar saya sayang, staf juga saya sayang,” katanya.

Menurut Roziah, UiTM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan perkara berkenaan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Roziah menyeru mahasiswa yang berhadapan sebarang masalah agar dapat berhubung dengan pihak fakulti dan universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat, selain bantuan sewajarnya bagi melancarkan proses pembelajaran.

Jelasnya, pihak universiti menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan penuntut yang kurang berkemampuan, seperti dana amanah pelajar, bantuan dari pusat zakat dan pihak alumni.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan tindakan seorang pensyarah UA yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap pelajar kerana tidak mempunyai komputer ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian walaupun sudah berada di semester lima.

Lebih membangkitkan kemarahan orang ramai apabila pensyarah itu mengatakan kepada pelajar berkenaan supaya meminta kakaknya menjual gelang emas untuk membelikannya komputer.

Semakin melampau, pensyarah itu menegaskan beliau tidak boleh duduk dengan golongan B40 kerana mereka lebih memikirkan mengenai perkara lain berbanding pelajaran. – Getaran, 30 Mac 2022 – Getaran, 30 Mac 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad