web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fasa Peralihan Endemik: Jangan ‘Padam’ Norma Baharu - Annuar Musa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 8:48AM

Annuar Musa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini bukan bermakna rakyat Malaysia melupakan norma baharu yang menjadi amalan sepanjang lebih dua tahun ini susulan pandemik COVID-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat sebaliknya perlu terus mengekalkan amalan positif termasuk soal penjagaan kebersihan diri.

“Kita jangan padam semua norma-norma baharu ini, kebersihan diri misalnya. Contohnya pakai pelitup muka, kalau di Jepun ia lazim, dulu pun kita rasa pakai pelitup muka ini macam (amalan) yang asing, tetapi sekarang kalau tak bawa pelitup muka, kita rasa ada yang tak kena, jadi elok kita teruskan amalan ini,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Responsif: Peralihan Ke Fasa Endemik yang disiarkan melalui TV1 malam ini.

Annuar berkata dasar norma baharu seperti bekerja dari rumah dan membeli secara dalam talian juga boleh dijadikan budaya jika dirasakan bersesuaian.

“Begitu juga dengan sistem pengudaraan di dalam bangunan, dahulu kalau nak membina bangunan tiada siapa yang peduli tentang ini, tetapi kini ia menjadi antara perkara yang perlu diberi perhatian, ini semua boleh kita teruskan dan buat ubah suai mana yang sesuai,” katanya.

Ditanya mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang mungkin boleh dilaksanakan apabila lebih banyak kelonggaran terhadap prosedur operasi standard mulai 1 April ini,  Annuar berkata kerajaan perlu melihat keperluan pilihan raya tersebut diadakan.

“Bila ia perlu berlaku, itu atas pertimbangan kerajaan, pertama jika ia sudah cukup tempoh atau belum, jika sudah, maka ia patut diadakan.

“Kedua, adakah situasi semasa mengizinkan proses demokrasi itu berjalan, jika keadaan keselamatan mengizinkan, ia boleh diadakan atau tidak, kerajaan perlu buat keputusan, semasa proses transisi ini adalah masa paling baik untuk kerajaan merenung sama ada ia boleh diadakan atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, proses untuk membubarkan Parlimen bukan perkara kecil dan perlu mengambil kira kesan kepada negara termasuk pelaburan ke dalam negara, dasar-dasar yang sedang berjalan dan pertumbuhan ekonomi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Politik 3 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

3

Politik 3 tahun yang lalu

Annuar Sah Ahli PAS

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Cegah COVID-19 Ketika Aidilfitri: Patuhi SOP, Pakai Pelitup Muka Ketika Solat Sunat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek