web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Samun Warga Emas, Dua Lelaki Miliki 18 Rekod Jenayah Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 6:30PM

2 lelaki yang dirakamkan menyamun seorang wanita warga emas di Bandar Tun Razak, Cheras, Sabtu lalu, telah ditahan dalam 2 serbuan berasingan semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang masing-masing memiliki 18 rekod jenayah ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes samun wanita warga emas di Bandar Tun Razak, Cheras, Sabtu lalu.

Suspek berusia 29 dan 35 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan pada semalam dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 12.15 tengah hari kelmarin, namun lokasi penahanan lelaki berkenaan tidak dinyatakan.

“Semakan mendapati suspek memiliki 18 rekod jenayah lampau dan kini lelaki tersebut direman selama enam hari sehingga 1 April depan.

“Susulan penahanan tersebut, pada hari berikutnya polis berjaya menahan suspek kedua dan merampas wang tunai sebanyak RM5,300 serta barangan dipercayai digunakan dalam kes berkenaan.

“Suspek kedua turut memiliki 18 rekod jenayah lampau dan dia kini direman selama tujuh hari sehingga 4 April depan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhammad Idzam berkata, pihaknya percaya dengan penahanan kedua-dua suspek terbabit, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes samun dengan dua kes berlaku di Cheras, manakala empat kes di Dang Wangi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang wanita berusia 77 tahun kerugian kira-kira RM25,000 selepas penyamun bersenjatakan parang melarikan dua rantai leher dan dua gelang tangan dipakai mangsa.

Kejadian pada kira-kira jam 9 pagi itu berlaku di hadapan rumah anak mangsa ketika wanita terbabit bersama seorang anak perempuannya mahu keluar makan.

Selain merentap rantai leher dipakai mangsa, suspek memotong rantai tangannya menggunakan gunting pemotong sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Kejadian itu berjaya dirakam orang awam yang kemudian menularkannya di media sosial. - Getaran, 29 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek