web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tertekan Pedal Minyak, Kenderaan Warga Emas Rempuh Kedai Makan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 5:26PM

Seorang warga emas pitam lalu tertekan pedal minyak ketika mahu memberhentikan kenderaan sehingga merempuh sebuah kedai makan di Batu 13 Hulu Langat, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akibat pitam ketika memandu, seorang warga emas tertekan pedal minyak ketika mahu memberhentikan kenderaan sehingga merempuh sebuah kedai makan dalam kejadian di Batu 13 Hulu Langat, semalam.

Kemalangan itu mengakibatkan seorang pelanggan wanita yang sedang mengambil makanan di dalam premis berkenaan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta jenis Toyota Vios dipandu wanita berusia 63 tahun tiba di kawasan letak kenderaan di hadapan kedai makan di Batu 13 Hulu Langat dan pemandu mengalami pitam serta ingin menekan brek.

“Bagaimanapun warga emas terbabit tertekan pedal minyak dan gagal mengawal kenderaannya, menyebabkan dia melanggar sebuah motosikal diletakkan di kawasan meletak kenderaan, seterusnya merempuh masuk ke kedai makan tersebut serta melanggar peralatan di dalam premis. 

“Akibat rempuhan tersebut, seorang pelanggan wanita yang ketika itu sedang mengambil makanan mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun pelanggan lain di dalam kedai makan tersebut tidak mengalami kecederaan, manakala pemilik premis mengalami kerosakan pada harta benda sahaja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Seorang pelanggan wanita yang sedang mengambil makanan cedera selepas sebuah kereta merempuh sebuah kedai makan di Batu 13 Hulu Langat, semalam.
Seorang pelanggan wanita yang sedang mengambil makanan cedera selepas sebuah kereta merempuh sebuah kedai makan di Batu 13 Hulu Langat, semalam.

Mohd Zaid berkata, siasatan lanjut kini dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Pada masa sama, beliau menasihatkan semua pemandu kenderaan agar memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik sebelum memandu untuk mengelakkan berlaku kemalangan. 

Katanya, pengusaha premis perniagaan makanan juga dinasihatkan supaya memasang besi keselamatan atau struktur kukuh agar dapat mengelakkan kemalangan rempuhan kenderaan seumpama itu daripada berlaku. – Getaran, 29 Mac 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan