web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Panel 7 Hakim Tolak Permohonan Semakan Malaysiakini Batal Sabitan Menghina, Denda

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 2:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan Malaysiakini untuk membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati portal berita dalam talian itu bersalah menghina mahkamah menerusi penerbitan komen pembaca.

Panel yang diketuai Hakim Puan Sri Zaleha Yusof memutuskan bahawa hujah yang dibangkitkan dalam prosiding semakan hari ini oleh peguam Malaysiakini Datuk Malik Imtiaz Sarwar telah dikemukakan dalam prosiding komital di hadapan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini dan telah dipertimbangkan.

Beliau berkata hujahan yang dibangkitkan oleh peguam gagal untuk meyakinkan mahkamah berhubung isu berkaitan dakwaan pelanggaran keadilan asasi.

Hakim Zaleha berkata memandangkan perkara itu adalah kes kepentingan awam, mahkamah tidak akan membuat sebarang perintah mengenai kos.

Hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Prosiding itu dijalankan secara dalam talian.

Pada 19 Feruari 2021 dalam keputusan majoriti 6-1, Mahkamah Persekutuan yang dianggotai tujuh hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, mendapati Malaysiakini bersalah menghina mahkamah menerusi penerbitan komen pembaca dan syarikat itu diarah membayar denda RM500,000.

Mkini Dotcom Sdn Bhd membayar denda itu. 

Pada 17 Jun 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan kebenaran ex-parte Jabatan Peguam Negara untuk  memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom yang mengendalikan portal berita Malaysiakini serta Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan berhubung komen lima pembaca mengenai satu artikel yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 9 Jun, bertajuk “CJ orders all courts to be fully operational from July 1” yang disifatkan sebagai menyinggung perasaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan mendapati Gan tidak bersalah menghina mahkamah.

Dalam permohonan semakan yang difailkan oleh Mkini Dotcom, syarikat itu memohon mengetepikan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini dan meminta pendengaran semula prosiding menghina itu. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran