web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akta Baharu Larang Aktiviti Merokok, Dibentang Julai Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 4:53PM

Khairy bergambar bersama sukarelawan pada majlis pelancaran 'MyCHAMPION - Community Health Agent' Peringkat Kebangsaan 2022 di Sepang, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005, akan dibentangkan pada sesi persidangan Parlimen Julai ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata rang undang-undang (RUU) tersebut sedang dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara.

"Saya rasa dalam tempoh satu ke dua minggu ini dah selesai dan boleh saya bentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan Teknologi," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Khairy pada 17 Februari lepas mengumumkan pengenalan akta tersebut bertujuan mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kejadian kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.

Terdahulu, semasa berucap Khairy berkata pengenalan akta baharu berkait dengan rokok ini merupakan satu daripada usaha Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memperhebat kempen berhenti merokok dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Saya akan bawa satu undang-undang supaya ia adalah kesalahan undang-undang untuk menjual rokok kepada sesiapa yang lahir selepas 2005.

"Memang penguatkuasaan akan menjadi cabaran. Tiada apa yang dapat menghentikan dia untuk minta orang dewasa beli rokok untuk dia atau orang yang lahir sebelum 2005.

"Tapi saya rasa ini adalah langkah yang pertama ke arah kita menamatkan rokok kepada satu generasi yang menjadi ‘generational end game’," katanya.

Khairy turut meminta sukarelawan MyCHAMPION untuk menegur orang awam yang merokok di kawasan larangan merokok.

"Saya punya penguat kuasa tidak cukup nak pergi ke setiap kedai makan nak bagi kompaun kepada yang masih degil, takkanlah kita nak buat operasi sampai bila-bila.

"Saya minta MyCHAMPION jadilah juara untuk kita tegur secara baik-baik supaya orang awam tidak lagi merokok di kawasan larangan merokok," katanya.

Sementara itu, Khairy berkata MyCHAMPION merupakan pasukan sukarelawan di lapangan dan bertindak sebagai ejen untuk membawa perubahan minda dan tingkah laku kesihatan kepada komuniti dan secara tidak langsung membantu Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik.

Beliau berkata pada tahun lepas, seramai 7,000 sukarelawan di bawah MyCHAMPION telah dilantik dan kementerian menyasarkan untuk melantik 10,000 lagi sukarelawan tahun ini.

Khairy dalam masa yang sama berkata KKM akan melancarkan kempen saringan kesihatan secara besar-besaran melibatkan 1.5 juta penduduk pada Julai ini dan perincian berkaitan perkara tersebut akan diumum tidak lama lagi. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 20 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad