web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebun Ganja Bekas Penyanyi Nasyid Terbongkar, Menagih Sejak Sedekad

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 5:57PM

Polis merampas 17 pasu pokok ganja, yang dipercayai ditanam dua bulan lalu oleh bekas penyanyi nasyid selepas dia ditahan di sebuah kondominium di Kota Damansara, petang semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kebun ganja milik seorang bekas penyanyi nasyid terkenal terbongkar, selepas ditahan di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini, petang semalam.

Suspek berusia 47 tahun yang juga seorang komposer itu ditahan bersama bersama 17 pasu pokok ganja, dipercayai baru ditanam dua bulan lalu dan ketulan mampat ganja seberat 214 gram.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek ditahan dirumahnya kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Menurut beliau, ketulan mampat ganja bernilai RM10,700 itu ditemui di bahagian dapur, di dalam bekas plastik berwarna biru dan hitam, yang disimpan di atas kabinet dapur.

“Pemeriksaan lanjut di sebelah bahagian dapur rumahnya pula membawa kepada penemuan satu almari kain berwarna hitam yang di dalamnya terdapat tiga pasu pokok disyaki ganja.

“Selain itu, polis juga menemui 13 pokok dalam pasu disyaki ganja, yang ditempatkan dalam sebuah bilik dan satu pasu di balkoni rumah tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin memberitahu, ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis THC (ganja).

Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menanam ganja terbabit untuk kegunaan sendiri.

“Kita percaya suspek tanam sendiri pokok terbabit namun kita masih menyiasat dari mana benih tanaman itu diperoleh.

“Kita juga percaya suspek ini sudah terlibat dengan penagihan selama 10 tahun dan dia mempelajari cara menanam pokok terbabit menerusi media sosial,” katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, susulan penemuan itu, polis merampas pelbagai alatan penanaman tumbuhan, antaranya cecair pemusnah serangga, penyukat suhu, lampu pelbagai jenis dan alat pengudaraan.

“Dalam serbuan itu, polis juga merampas kereta milik suspek iaitu Toyota Wish dan wang tunai bernilai RM40,700.

“Nilai keseluruhan rampasan adalah RM61,600 dan suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 25 Mac 2022

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi