web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hentakan Di Kepala, Punca Kematian Kanak-Kanak 11 Tahun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 1:45PM

Lokasi kejadian seorang penghuni rumah anak yatim berusia 11 tahun maut dipercayai akibat dibelasah seorang penghuni lain.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang menghuni di sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan asnaf di sini, berpunca daripada hentakan di kepala.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata ia berdasarkan hasil laporan bedah siasat mangsa manakala kertas siasatan berhubung kes yang melibatkan suspek remaja berumur 16 tahun sedang dilengkapkan.

"Ada laporan sebelum ini menyebut mangsa dicekik dan sebagainya namun itu bukan punca kematian. Suspek juga tidak mempunyai rekod lampau dan masih direman hingga 27 Mac ini.

"Siasatan kes melibatkan kanak-kanak jadi tidak banyak benda yang boleh dikongsikan dan siasatan masih berjalan," katanya pada sidang media selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan kes melibatkan kanak-kanak itu yang disahkan maut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada Ahad lepas.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, dipercayai selepas disepak, dicekik dan dihempas oleh suspek, dalam kejadian yang didakwa berpunca akibat wang RM4.

Dalam perkembangan lain, Ramli memaklumkan siasatan kes pembunuhan melibatkan pengamal perubatan yang ditemukan maut disyaki ditembak di dalam sebuah rumah berhampiran Bukit Rangin Perdana 2, di sini pada 4 April tahun lepas masih diteruskan.

Katanya, tiada petunjuk baharu ditemukan dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk berkongsi dengan polis diminta tampil berbuat demikian.

Pada hari kejadian, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemukan maut kira-kira pukul 11 malam, dengan kesan darah kering pada kepala serta mempunyai luka tembakan.

Polis sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam atau marah dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Ramli dalam ucapannya berkata statistik Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik bermula 1 Januari hingga 22 Mac lepas menunjukkan terdapat 4,182 jumlah kemalangan berbanding tempoh yang sama pada 2021 iaitu 3,390, melibatkan peningkatan sebanyak 792 kes.

Menurut beliau, trend tersebut membimbangkan terutama menjelang Aidilfitri, justeru peringatan dan operasi akan dipergiatkan. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad