web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buka Sempadan Jenayah Dijangka Meningkat, Polis Kedah Pergiat Pemeriksaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 1:23PM

Gambar pada 15 November 2020 ini menunjukkan tentera Thailand mengadakan rondaan di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia di Takbai, Narathiwat. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis akan mempergiatkan pemeriksaan dan rondaan di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand bagi membanteras kegiatan jenayah yang dijangka meningkat apabila pintu sempadan negara mula dibuka 1 April depan.

Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad berkata walaupun nilai ambang kedudukan jenayah negeri menunjukkan penurunan 25 hingga 28 peratus tetapi dari perbezaan tahun ke tahun menyaksikan berlaku peningkatan sebanyak 15 peratus.

“Tahun 2021, indeks jenayah tidak tinggi kerana aktiviti sosial dan perniagaan banyak yang masih belum dibenarkan berikutan pandemik COVID-19. Tetapi, sekarang ia meningkat kerana hampir semua aktiviti sosial dan perniagaan telah beroperasi semula.

“Dijangka, kadar jenayah akan meningkat apabila pintu sempadan negara dibuka semula kerana ramai yang mengalami masalah kewangan akibat COVID-19 dan itu boleh mendorong mereka melakukan jenayah seperti mencuri, meragut dan menyeludup barang terlarang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Hari Polis Ke-215 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari dan ketua-ketua jabatan.

Dalam pada itu, Wan Hassan berkata polis Kedah juga telah menubuhkan pasukan khas di peringkat IPK sejak sebulan yang lalu yang akan memfokuskan pemeriksaan dan kawalan di sempadan negara.

“Lebih 50 anggota di peringkat IPK dan daerah terlibat untuk mengawal sempadan. Kami tidak boleh jangka apa yang akan berlaku selepas dua tahun hidup dalam keadaan pandemik ini, jadi polis memang sentiasa bersedia.

“Pada Ahad ini, saya bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan ke sempadan bersama ketua-ketua jabatan dan agensi lain untuk melihat dan membincangkan perkara yang perlu diberi perhatian sebelum pembukaan 1 April depan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata statistik jenayah indeks negeri dari tempoh 1 Jan hingga semalam menyaksikan sebanyak 966 kes telah dicatatkan berbanding 833 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas dan menunjukkan peningkatan sebanyak 133 kes iaitu 15.97 peratus.

"Kegiatan kecurian dan pecah rumah mencatatkan jumlah kes terbanyak berbanding kes jenayah yang lain. Kedah kini berada di tempat ke-11 dalam kedudukan jenayah indeks Malaysia bagi tempoh 1 Januari hingga 24 Mac," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 13 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad