web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengembara Luar Boleh Diusir Sekiranya Tidak Lakukan RTK-Ag Profesional - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 7:40PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengembara memasuki Malaysia yang tidak melakukan ujian RTK-Ag profesional COVID-19 dalam tempoh 24 jam boleh diusir keluar dari negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bercakap dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, beliau berkata selain itu status aplikasi MySejahtera pengembara berkenaan akan bertukar merah dan mereka tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis di negara ini.

“Ujian RTK-Ag itu mesti dibuat secara profesional sebab mesti dimasukkan dalam MySejahtera. Hanya makmal bertauliah sahaja boleh buat.

“Kalau mereka (pengembara) tak buat (ujian itu), status mereka akan bertukar kepada merah dan tak boleh masuk ke kedai makan. Yang paling pentingnya mereka telah lakukan kesalahan dan boleh diusir keluar (dari negara),” katanya.

Khairy berkata arahan itu berkuat kuasa mulai 1 April dan ia turut mewajibkan pengembara umum menjalani ujian RTK-Ag profesional sama ada di fasiliti kesihatan swasta di pintu sempadan negara atau di luar sempadan dalam tempoh 24 jam.

Beliau berkata jika keputusan ujian positif, pengembara dengan vaksin lengkap akan diberikan perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) selama tujuh hari di tempat penginapan bagi kategori satu dan dua.

“Namun, bagi kategori tiga dan ke atas, mereka perlu mendapatkan rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) atau hospital swasta, manakala pengembara yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi, mereka akan diberikan HSO selama 10 hari.

“Sekiranya keputusan ujian negatif, pengembara dengan vaksin lengkap tidak perlu menjalani kuarantin, manakala pengembara yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi, mereka akan diberikan HSO selama lima hari di tempat penginapan serta dikehendaki menjalani RT-PCR pada hari keempat atau RTK-Ag profesional pada hari kelima,” katanya.

Beliau berkata beberapa protokol am sebelum pengembara berlepas telah ditetapkan seperti memuat turun aplikasi MySejahtera sebelum berlepas ke Malaysia, melengkapkan deklarasi perjalanan serta melaporkan keputusan ujian RT-PCR yang dilakukan dua hari sebelum perjalanan.

Mengenai protokol pengembara di pintu sempadan negara, pengembara yang bergejala perlu melalui saringan demam dengan imbasan thermal scanner atau rujukan kendiri kepada petugas kesihatan untuk pemeriksaan lanjut di kaunter kesihatan.

“Pengembara yang tidak bergejala akan meneruskan perjalanan ke kaunter imigresen untuk semakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata pengembara melibatkan kanak-kanak berumur bawah enam tahun tidak perlu menjalani ujian pra-pelepasan dan ujian semasa ketibaan.

Selain itu, beliau berkata protokol am pengembara umum juga terpakai ke atas pengembara dari Thailand bagi aktiviti pelancongan sahaja, dengan dua pintu sempadan darat dibuka bermula 1 April ini iaitu Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan buat masa ini.

Menteri itu turut memaklumkan kerajaan masih menunggu maklum balas daripada kerajaan Indonesia dan Brunei bagi pembukaan sempadan melibatkan pengembara dari kedua-dua negara jiran itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KJ Kagum Kesediaan PM Dengar Idea Ketika Bincang Isu Ekonomi

2

Politik 2 tahun yang lalu

‘Saya Sudah Beri Pandangan, Muhyiddin Minta Fikir Sekali Lagi’ - KJ

3

Politik 2 tahun yang lalu

Fahmi Nafi PKR Keluar Surat Tawaran Keahlian Kepada Khairy

4

Politik 3 tahun yang lalu

Jika Pak Lah Letak Jawatan, Zahid Patut Buka Pertandingan 2 Jawatan Tertinggi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad