web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ops Kontraban Dan OBK, KNDKA Catat Rampasan RM20 Juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 7:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berjaya membuat rampasan sebanyak RM20.07 juta menerusi Op Kontraban dan Op Bersepadu Khazanah (OBK) bagi tempoh tiga bulan, sejak Januari lalu.

Daripada jumlah itu, rampasan sebanyak RM10.7 juta dihasilkan hanya dalam sebulan iaitu menerusi operasi sama bermula 26 Februari sehingga 22 Mac lalu.

Pengarahnya, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, fokus utama Op Kontraban dan OBK adalah untuk menangani isu penyeludupan rokok seludup dan hidupan liar yang dilindungi.

Beliau berkata, sepanjang sebulan operasi dijalankan, lapan serbuan dilaksanakan hasil risikan dan maklumat awam kepada Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK).

“Empat daripada serbuan yang dijalankan adalah membabitkan sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok di Klang, Kajang dan Puchong di Selangor serta satu di Temerloh, Pahang.

“Hasil rampasan membabitkan penyeludupan rokok tersebut adalah sebanyak RM3.8 juta manakala aset yang disita mencecah RM107,000,” katanya hari ini.

Hazani berkata, dua daripada serbuan pula adalah membabitkan OBK di Subang Jaya dan Seri Kembangan, Selangor.

“Dalam operasi bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) itu, dua individu ditahan kerana memiliki tiga monyet marmoset, 70 burung pelbagai jenis, dua monyet ‘Blue Monkey’ dan tiga kucing batu bernilai RM300,000.

“Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya.

Selain itu, menurut beliau, pihaknya juga merampas minuman keras bebas cukai di Kepong, di sini, dengan menahan dua lelaki termasuk seorang warganegara Sri Lanka.

“Dalam operasi itu, kita merampas minuman keras jenis bir sebanyak 10,973.6 liter dan jenis liquor sebanyak 1,306.88 liter dengan jumlah keseluruhan dianggarkan RM465,845.74,” katanya.

Hazani berkata, pada serbuan terakhir iaitu pada 22 Mac lalu, pihaknya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak petrol di Semporna, Sabah.

“Pasukn serbuan berjaya menahan tujuh lelaki tempatan dan merampas sejumlah 60,200 liter minyak petrol, dua buah kapal tangki minyak, sebuah lori tangki dan sebuah kapal tunda Tug Boat.

“Jumlah keseluruhan rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM5.5 juta. Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. - Getaran, 24 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 2 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad