web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kadar Perceraian Pasangan Muda Boleh Dibendung Jika Kukuh Didikan Agama

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 8:13PM

Mohd Nor berkata, kes perceraian yang tinggi membabitkan pasangan muda boleh diatasi sekiranya mereka dididik dengan betul.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kes perceraian yang tinggi membabitkan pasangan muda boleh diatasi sekiranya mereka dididik dengan betul dan diberi kefahaman tentang perkahwinan berlandaskan syariah Islam.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah berkata, faktor itu adalah antara penyebab yang membuatkan kerajaan negeri tidak bercadang untuk menyekat atau melarang pasangan muda mendirikan rumah tangga.

Menurut beliau, Rasulullah SAW sendiri menasihatkan umatnya untuk berkahwin jika memiliki kemampuan atau berpuasa jika tidak mampu berbuat demikian.

“Cinta ini macam di lautan, bila dah berombak susah kita nak sekat. Sebab itu kita tak bendung pasangan muda ini nak berkahwin, sebaliknya kita didik mereka dengan program khusus dibangunkan jabatan agama,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim menerusi soalan tambahan meminta penjelasan kerajaan terhadap sebarang usaha untuk membendung perkahwinan melibatkan pasangan muda, susulan kadar perceraian yang tinggi membabitkan golongan berkenaan.

Beliau mendakwa, kebanyakan pasangan muda dipaksa berkahwin oleh ibu bapa masing-masing biarpun mereka masih belum bersedia.

Mengulas lanjut, Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payong berkata, perceraian pada tahap membimbangkan itu berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab dan lemah didikan agama.

“Sejumlah 343 kes yang diterima melibatkan perilaku tidak bertanggungjawab manakala 342 lagi pula berpunca daripada lemah didikan agama,” katanya.

Terengganu merekodkan 2,433 kes perceraian sepanjang Januari hingga Oktober tahun lepas. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad