web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Padah Cuba Bunuh Isteri, Bapa 3 Anak Dipenjara 5 Tahun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 4:16PM

M.M Paramasivam (kanan) dihukum penjara lima tahunoleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, selepas didapati bersalah cuba membunuh isterinya, pada Februari 2020.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Tindakan seorang suami cuba membunuh isterinya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.

Hakim, Maziah Joary Tajudin, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh M.M Paramasivam, 49, selepas dia mengaku bersalah atas  kesemua tiga pertuduhan terhadapnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati melakukan cubaan bunuh ke atas isterinya yang berusia 48 tahun dengan menekup muka mangsa menggunakan bantal.

Untuk perbuatan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun jika menyebabkan kecederaan.

Tertuduh juga didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa, dengan mencekik leher dan memukul muka isterinya.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan boleh dikenakan denda maksimum RM2,000.

Bagi pertuduhan ketiga pula, bapa kepada dua anak tersebut didakwa menakutkan secara jenayah berbentuk ugutan secara lisan dan mengacukan pemutar skru kepada mangsa.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Kesemua perbuatan tersebut dilakukan kira-kira jam 5 pagi, di sebuah rumah di Tehel, Bemban dalam daerah Jasin pada 4 Februari 2020.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian merayu hukuman lebih ringan dan berjalan dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 14 Februari, tahun lalu.

Prosiding pendakwaan dikenalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin yang turut memohon kepada mahkamah agar hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira perbuatan dilakukan tertuduh.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara tiga tahun bagi pertuduhan pertama dan satu tahun bagi setiap pertuduhan kedua serta ketiga, kesemuanya berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap. – Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

2

Semasa 3 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

4

Semasa 4 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran