web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kos Ambil Pekerja Domestik Indonesia Ditetapkan RM7,800

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 2:20PM

Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia ditetapkan sebanyak RM7,800, seperti yang dimuktamadkan dalam MoU antara Malaysia dan Indonesia. - Gambar pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia ditetapkan sebanyak RM7,800 dengan RM6,000 kos di pihak Malaysia manakala RM1,800 di pihak Indonesia, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata penetapan kos itu adalah seperti yang dimuktamadkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia.

"Untuk makluman, MoU ini telah menetapkan kos (pengambilan pekerja domestik Indonesia) iaitu RM7,800...jadi kalau ada satu caj atau bayaran yang melebihi seperti (kos) ini boleh buat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) yang ingin tahu kos secara terperinci yang dibayar pemohon kepada ejen pengambilan pekerja domestik Indonesia sebelum wabak COVID-19 dan bilangan agensi yang terlibat dalam pengambilan pekerja migran dari Bangladesh.

Menjawab soalan pengambilan pekerja migran dari Bangladesh, Awang berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Dis 2021 telah bersetuju supaya pengambilan pekerja asing warga Bangladesh adalah menerusi 275 Agensi Pekerjaan Bangladesh.

Bagi mencegah rasuah dan eksploitasi kemasukan pekerja migran ke negara ini, beliau berkata antara langkah yang diambil adalah melalui pewujudan MoU berhubung penggajian pekerja asing dengan pihak negara sumber yang bertujuan memberi perlindungan sewajarnya dari segi hak dan kebajikan pekerja serta menjaga kepentingan majikan. 

Selain itu, Awang berkata ia juga bertujuan untuk membanteras sindiket yang memonopoli, mengeksploitasi dan mengawal kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

"Hanya Agensi Pekerjaan Swasta yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246] dibenarkan membantu majikan menguruskan segala urusan penempatan pekerja asing di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Kasthuriraani mengenai langkah-langkah mencegah rasuah dan eksploitasi yang akan diambil kerajaan terhadap sindiket yang memonopoli, mengeksploitasi dan mengawal kemasukan pekerja migran ke Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 53 minit yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad