web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Naik Semula, Hanya 166 Kategori Serius 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 11:05AM

21,089 kes tempatan dengan 394 kes import yang mendapat jangkitan COVID-19 dari luar negara direkodkan semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21,483 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, meningkat sedikit berbanding 17,828 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,032,435 kes.

Katanya, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 21,089 kes tempatan dengan 394 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 10,862 kes atau bersamaan 50.56 peratus. Sebanyak 10,455 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 57 kes iaitu 0.27 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (46) serta kategori 5 (63),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 166 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 51 kes iaitu 30.72 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 64 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 51 kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 91 kes berumur 60 tahun ke atas, 96 kes mempunyai komorbiditi manakala dua kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 73 kematian baharu direkodkan semalam dengan 25 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 34,535 dengan 7,269 daripadanya adalah kes BID.

“Perak mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 19 kes, diikuti Johor dan Selangor (masing-masing 11 kes), Kedah (9), Pulau Pinang (8); Kelantan, Melaka, Sabah dan Terengganu (masing-masing tiga), serta Negeri Sembilan, Perlis dan Sarawak (masing-masing satu kes).

“Tiada kematian dilaporkan di Pahang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan empat kluster di negara ini.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan hingga kini terdapat 284 kluster yang masih aktif di negara ini.

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,918 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 339 kes iaitu 189 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 209 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 32,561 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 3,745,229 kes. - Getaran, 23 Mac 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam