Berita Terkini

7 jam yang lalu: Penerbangan terus antara Kuala Lumpur-Tashkent mulai Julai ini 7 jam yang lalu: Peter Anthony tipu 4 individu termasuk Najib dapatkan kontrak di UMS - Hakim 7 jam yang lalu: Produk ‘Prime Kopi Pejuang 3 In 1’ boleh sebabkan pengambilan 'dos berlebihan' Tadalafil 7 jam yang lalu: Untung bersih suku pertama Petron Malaysia naik kepada RM106.4 juta 9 jam yang lalu: 'Health Alert monkeypox’ akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok - Khairy

IKUTI KAMI


Hadkan Aktiviti Di Lokasi Berisiko Pada Waktu Petang - MetMalaysia

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 8:29AM

Amaran ribut kencang dan laut bergelora boleh dikeluarkan lebih awal berbanding amaran hujan lebat dan ribut petir yang hanya dapat dikesan imej radar selepas pembentukan awan atau ribut petir sudah pun bermula di sesebuah lokasi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai perlu mengehadkan aktiviti di lokasi berisiko seperti tepi sungai pada sebelah petang berikutan ribut petir sering berlaku pada masa ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah.

Beliau berkata mereka yang ingin turun ke laut atau berkunjung ke pulau peranginan pula perlu peka dengan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan MetMalaysia bagi membolehkan perjalanan dirancang sebaiknya. 

“Maklumat mengenai angin kencang dan laut bergelora adalah penting bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan di laut bagi mengelak kes pelancong terperangkap di pulau peranginan. Pastikan mendapat maklumat sahih daripada MetMalaysia,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk” Amaran Awal dan Tindakan Awal” terbitan Bernama TV malam tadi. 

Menurut Muhammad Helmi, amaran ribut kencang dan laut bergelora boleh dikeluarkan lebih awal berbanding amaran hujan lebat dan ribut petir yang hanya dapat dikesan imej radar selepas pembentukan  awan dikesan atau ribut petir sudah pun bermula di sesebuah lokasi. 

Terdapat kekangan untuk keluarkan amaran ribut petir lebih awal kerana belum ada teknologi yang boleh mengesan dengan tepat di mana ribut petir akan berlaku, katanya.

Beliau berkata bagi kejadian tanah runtuh, amaran awal agak sukar dikeluarkan kerana terdapat beberapa  faktor yang menyebabkan ia berlaku termasuk faktor geologi dan hujan lebat. 

“Oleh itu penduduk di kawasan berisiko perlu sentiasa peka dengan amaran ribut petir yang dikeluarkan MetMalaysia dan perlu sentiasa mengambil  tahu keadaan  persekitaran mereka sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Muhammad Helmi. 

 Beliau berkata sempena Hari Meteorologi Sedunia hari ini, MetMalaysia komited untuk meningkatkan kesedaran awam supaya mereka peka dengan keadaan cuaca ekstrem, gempa bumi dan tsunami. 

Pelbagai promosi kesedaran awam akan dilaksanakan kepada orang ramai untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh MetMalaysia, katanya. - Bernama 

Sorotan

1

Zuraida Patut Lepaskan Kerusi Parlimen Ampang Juga - Fahmi Fadzil

2

Malaysia Airlines Mula Penerbangan Pertama Dari Kuala Lumpur Ke Doha

3

Letupan Bom Di Tak Bai: 3 Sukarelawan Polis Marin Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Banjir: 17 Warga Emas Berjaya Diselamatkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pesawah Hiba Padi 'Terbantut' Dek Baja Subsidi Tak Kunjung Tiba

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Penyelewengan Perolehan COVID-19, Adham Baba Sedia Beri Kerjasama Pada SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Vaksin COVID-19 Bukan Penyebab Cacar Monyet, Dakwaan Tiada Asas Saintifik

oleh Susan Albert