web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KJ Tegur Najib Enggan Bayar Kompaun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 2:03PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak empat kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Katanya, kesemua kompaun terbaharu itu yang dihantar melalui pos daftar enggan diterima pegawai Ahli Parlimen Pekan tersebut.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, veteran DAP, Lim Kit Siang turut dikenakan kompaun atas kesalahan sama semasa Kongres Kebangsaan DAP Ke-17, Ahad lalu.

“Kompaun sudah dikeluarkan kepada Lim Kit Siang. KKM juga harap Najib Razak bayar satu kompaun dikeluarkan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang masih belum settle.

“KKM juga harap Najib Razak menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS enggan terima sebelum ini,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Sementara itu, Najib menerusi satu hantaran di Facebook dilihat tidak berpuas-hati dengan teguran Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.

“Kit Siang seorang je yang kena kompaun? Itupun satu kompaun berjumlah RM1,000 yang dikeluarkan semalam.

“Tapi yang berpeluk itu adalah berpuluh orang?,” soalnya dalam nada sinis.

Jelas Najib, beliau akan membuat bayaran terhadap lima kompaun yang dikeluarkan KKM terhadapnya sebelum ini.

“Entah kenapa dia kaitkan kompaun Kit Siang dengan saya tapi saya akan bayar lima kompaun anda terhadap saya,” katanya.

Terdahulu, Khairy pernah memberitahu, pihaknya sudah mengeluarkan lima kompaun kepada Najib tetapi hanya satu sahaja yang diserahkan manakala empat lagi enggan diterima pegawainya pada 8 Mac lalu.

Katanya, kesemua kompaun yang dikeluarkan sehingga 8 Mac lalu itu ketika Najib mengadakan siri kempen PRN Johor.

Kelima-lima kompaun itu diberikan atas kesalahan melanggar SOP COVID-19. - Getaran, 22 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek