web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


1,260 Kes Masuk Hospital, 5 Negeri Guna Katil ICU Lebih 50 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 1:22PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,260 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kesemua kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 523 kes (41.5 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 737 kes lagi (58.5 peratus) kategori 1 dan 2.

Menurut beliau, lima negeri dilaporkan merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19.

Katanya, penggunaan katil ICU paling tinggi dicatatkan di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 63 peratus dengan 19 daripada 30 katil yang dikhaskan sudah digunakan.

“Selain itu Kelantan turut sudah menggunakan 58 peratus daripada keseluruhan 48 katil ICU di wad tersebut.

“Sebanyak 33 daripada 58 katil di Johor juga sudah diisi pesakit COVID-19 manakala di  Selangor pula sudah menggunakan 57 peratus katil yang dikhaskan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, Perak sudah menggunakan 51 peratus katil yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19.

Bagi katil bukan ICU pula, Dr Noor Hisham berkata, terdapat dua negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 80 peratus iaitu di Selangor dengan 89 peratus dan Putrajaya (88 peratus).

“Selain itu, tujuh negeri merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Terengganu (78 peratus), Kuala Lumpur (75 peratus), Perak (68 peratus), Melaka (68 peratu), Perlis (66 peratus), Sarawak (56 peratus) dan Kelantan (50 peratus).

“Untuk penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, tiada negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus,” katanya.

Pada masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 199 pesakit dengan peratusan penggunaan alat tersebut sebanyak 22 peratus. - Getaran, 22 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan