Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kes Kematian Dalam Tahanan Polis Disiasat Unit Khas Mulai 2022

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 12:42PM

Datuk Seri Ismail Mohamed Said - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mulai tahun ini, semua kes kematian dalam tahanan polis akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata kes berkenaan tidak lagi disiasat oleh anggota atau pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) atau lokap, di mana kejadian kematian itu dilaporkan.

“Ini bagi memastikan ketelusan siasatan berkaitan kes itu dan tidak akan berkompromi terhadap sebaran pelanggaran undang-undang serta salah laku tatatertib.

“Kes-kes berkaitan bukan sahaja disiasat di bawah aspek jenayah tetapi termasuk daripada aspek tatatertib,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Suan yang ingin tahu langkah pencegahan yang diambil Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengatasi kes kematian dalam tahanan.

Selain itu, Bobbey juga meminta KDN menyatakan jumlah kematian tahanan seperti di lokap polis, depoh tahanan imigresen dan lain-lain agensi kerajaan dari Januari 2020 hingga Jun 2021.

Mengulas lanjut, Ismail berkata sebanyak 17 kes kematian dalam tahanan polis dilaporkan  bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas yang melibatkan kematian tertinggi di Selangor iaitu tujuh kes, diikuti Pahang (enam), Johor (dua) manakala masing-masing satu kes di Kedah serta Perak.

“Bagi tempoh Januari hingga Disember 2020, jumlah kematian dalam tahanan polis melibatkan 16 tahanan iaitu di Pahang merekodkan sembilan kes, Terengganu (dua) dan masing-masing satu kematian di Perlis, Perak, Melaka, Johor dan Sabah.

“Tahanan di bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi tempoh Januari 2020 hingga Jun 2021, sebanyak 113 kematian tahanan di depot imigresen dilaporkan membabitkan 53 orang pada 2020 manakala sehingga Jun 2021 melibatkan 60 orang. Sementara sehingga 15 Mac lepas, sebanyak 27 kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan,” katanya.

Bagi jumlah kematian dalam penjara, Ismail berkata 12 kematian dilaporkan pada tahun lepas dengan tujuh kematian banduan direkodkan di Penjara Kluang, Johor dan masing-masing satu kematian di Penjara Sungai Udang, Melaka; Penjara Simpang Renggam, Johor; Penjara Bentong, Pahang; Penjara Wanita Kajang, Selangor; dan Penjara Satelit Kuala Kangsar, Perak.

Bagi 2020, jumlah kematian dalam penjara membabitkan 13 banduan iaitu tujuh kematian di Penjara Kluang, dua kematian di Penjara Sungai Udang manakala masing-masing satu kematian di Penjara Sungai Buloh, Selangor; Penjara Kota Kinabalu, Sabah; Penjara Taiping, Perak; dan Penjara Pokok Senam, Pulau Pinang.

“KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil berat tentang hak asasi tahanan di semua lokap PDRM seluruh negara, termasuk usaha mengatasi kes tahanan mati semasa di bawah pengawasan PDRM.

“Justeru, untuk menambah baik pengurusan tahanan dalam lokap, PDRM telah menyediakan garis panduan standard lebih ketat termasuk dalam menguruskan tahanan yang sakit, meningkatkan kekerapan rondaan pada waktu malam serta penambahan anggota yang menguruskan tahanan,” katanya.

Ismail turut berkata pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) melibatkan 684 lokap polis, IPD dan ibu pejabat kontinjen PDRM sedang dilaksanakan bagi mengawasi dan memantau Orang Kena Tahan untuk memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku di dalam lokap. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Cadangan Pindaan Perlembagaan Berkaitan Kewarganegaraan Dipersetujui Kabinet

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee Selamat Dikebumikan

Semasa 1 hari yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan