web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fasa Peralihan Endemik Ujian Tentukan Rakyat Sedia Hidup Bersama COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 9:00AM

Fasa endemik pula bermaksud kita bersedia menerima virus COVID-19 sebagai sebahagian daripada penyakit normal seperti demam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula 1 April ini, Malaysia akan memasuki fasa peralihan endemik bagi membolehkan negara kembali kepada kehidupan normal selepas bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Mahu atau tidak, kita terpaksa menghadapi fasa yang dianggap paling mencabar sebelum negara boleh memasuki fasa endemik.

Fasa endemik pula bermaksud kita bersedia hidup dan menerima virus COVID-19 sebagai sebahagian daripada penyakit normal seperti demam, selesema, batuk dan sebagainya.

Menurut Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Dr Rosnah Ramly, fasa peralihan endemik merupakan satu ujian dan laluan untuk menentukan sama ada rakyat di negara ini sudah bersedia hidup dengan virus COVID-19.

“Untuk menuju fasa endemik, kita menyediakan satu laluan untuk semua komuniti bekerjasama sekarang ini agar berjaya hidup dengan virus tersebut.

“Ia adalah ujian dan laluan untuk kita sama-sama hidup dengan virus ini,” katanya menerusi satu video yang dikongsi di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), baru-baru ini.

Malah katanya, berjaya atau tidak rakyat Malaysia mengharungi fasa tersebut bergantung kepada tindakan kita sebagai komuniti secara keseluruhannya.

“Pihak kerajaan dan komuniti harus berganding bahu sekarang ini melalui fasa peralihan menuju masuk ke fasa endemik. Jadi itu bergantung kepada kita.

“Marilah kita semua rakyat Malaysia di peringkat individu, komuniti, keluarga malah kerajaan sendiri, berganding sama-sama melalui fasa ini dengan selamat,” katanya.

Dr Rosnah berkata, jika selama ini virus COVID-19 ‘mengawal’ komuniti sehingga seluruh dunia terpaksa mengubah corak kehidupan harian, perkara itu perlu diubah sekarang.

“Selama ini kita dah melalui pelbagai episod dalam menghadapi COVID-19. Jadi sekarang kita pula kena kawal virus tersebut.

“Kita kena mempratikkan apa yang kita dah belajar selama ini, apa yang kita dah tahu, mana  perlindungan patut diambil, kita harus ambil sekarang,” katanya.

Malah beliau berpendapat, rakyat boleh mengharungi fasa peralihan tersebut dengan selamat kerana sudah diperkasakan dengan pelbagai maklumat mengenai COVID-19.

“Banyak maklumat kita dah edarkan. Kita dah kenal COVID-19 macam mana, kita juga dah tahu virus itu bermutasi.

“Malah kita juga dah diberitahu mengenai langkah pencegahan, macam mana nak melindungi diri iaitu dengan mengambil vaksin dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh mengingatkan rakyat supaya tidak terlalu teruja dengan proses negara ke fasa peralihan endemik berikutan kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak-kanak lima hingga 11 tahun masih rendah.

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Malah beliau berpendapat, fasa peralihan itu sepatutnya dilewatkan sedikit berbanding tarikh sedia ada iaitu 1 April nanti.

“Saya secara peribadi merasakan belum boleh 1 April. Bagi saya hujung April atau Mei nanti lebih sesuai.

“Kita tahu ramai kanak-kanak belum divaksin. Bila prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan, kumpulan terbabit terdedah kepada jangkitan COVID-19. Itu yang saya khuatir,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kes membabitkan kanak-kanak akan meningkat sekiranya tahap pematuhan SOP di kalangan rakyat di negara ini semakin menurun.

“Bila sempadan negara mula dibuka dan SOP pula dilonggarkan, semua beraya sakan balas dendam, kemungkinan kes dalam kalangan mereka akan naik.

“Itu pandangan saya sebab sekarang pun hanya 34.9 peratus kanak-kanak sudah divaksin. Jadi macam mana kita nak lindungi mereka sedangkan virus ini sudah ada merata-rata,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan ibu bapa supaya memainkan peranan dalam melindungi anak-anak dengan membawa mereka mendapatkan vaksin COVID-19.

“Sekarang tanggungjawab mak ayah bawa anak pergi dapatkan vaksin. Bagi anak bawah lima tahun pula, mak ayah perlu periksa kalau mereka demam sebab kita bimbang mereka dapat sindrom keradangan pelbagai sistem dalam kanak-kanak (MISC).

“Sindrom tersebut amat berbahaya kerana boleh mengakibatkan masalah kepada paru-paru, jantung dan saraf sekali gus meningkatkan risiko kematian,” katanya. - Getaran, 22 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad