web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKP Mungkin Tidak Lagi Dilaksanakan Secara Menyeluruh - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 6:28PM

Muhyiddin ketika mengumumkan PEMERKASA yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkemungkinan tidak perlu lagi dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ketika ini.

Perdana Menteri berkata strategi kawalan penularan COVID-19 negara akan dilaksanakan secara lebih bersasar bersandarkan sains dan data bagi mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara.

“Kawalan pergerakan hanya akan dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja,” katanya dalam pengumuman khas mengenai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion melalui siaran televisyen, hari ini.

Perkara ini merupakan antara 20 inisiatif strategik di bawah PEMERKASA dan terletak di bawah fokus pertama program berkenaan iaitu bagi mengawal penularan COVID-19.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan secara rasmi 24 Februari lepas dengan sasaran memberikan imunisasi percuma kepada kira-kira 80 peratus penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

Mengenai program berkenaan, Muhyiddin berkata di bawah PEMERKASA kerajaan juga bersetuju menaikkan peruntukannya daripada RM3 bilion sebelum ini kepada RM5 bilion untuk mempercepatkan sasaran imunisasi berkelompok Disember ini, berbanding sasaran awal, suku pertama tahun hadapan.

“Untuk mencapai sasaran ini, seramai 15,000 petugas akan ditempatkan di hampir 950 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara.

"Mengambil kira pertambahan tugas itu, kerajaan setuju Bantuan Khas COVID-19 dengan kadar RM200 sebulan dipanjangkan kepada petugas penjawat awam yang terlibat dalam program imunisasi di PPV berkenaan,” katanya dan menambah bahawa sehingga kini lebih 300,000 rakyat telah menerima suntikan pertama vaksin.

Sementara itu, selaras Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, perdana menteri berkata pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan penguatkuasaan perundangan lebih ketat dan telus akan terus dilaksanakan bagi mengawal penularan COVID-19.

Ini termasuk dalam melindungi golongan pekerja yang menurutnya di bawah inisiatif ‘Safe@Work’, sebuah program baharu yang akan mula dibuka pendaftaran 1 April ini, kerajaan bersetuju memberi potongan cukai tambahan ke atas perbelanjaan sewaan premis dan asrama pekerja syarikat pengilangan dan perkhidmatan yang menyertainya.

Jelasnya, program bersifat sukarela di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu mempertanggungjawabkan majikan menyediakan tempat kerja dan penginapan kondusif para pekerja. 

“Perbelanjaan yang layak untuk mendapat potongan cukai tambahan ini dihadkan kepada RM50,000 bagi setiap syarikat berdaftar dengan MITI dan lulus audit pematuhan Safe@Work.

“Syarikat yang berdaftar dengan MITI untuk program ini akan dibenarkan beroperasi dalam keadaan di mana pekerja kontak rapat diasingkan daripada komuniti setempat dan pekerja lain dengan meletakkan mereka di dalam ‘Safe work bubble’ sehingga kesemua pekerja disahkan selamat.

Selain itu, perdana menteri berkata majikan yang membuat ujian pengesanan COVID-19 untuk pekerjanya dibenarkan membuat potongan cukai tambahan ke atas kos ujian pengesanan COVID-19 bagi perbelanjaan dibuat sehingga 31 Dis ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 6 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar