web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kajian Kesan Ekonomi Dunia Pada Pembangunan Terengganu Perlu Dilaksana

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 2:50PM

Ahmad Samsuri membacakan ucapan perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 di sini hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri disyorkan untuk melaksanakan kajian impak mengenai kesan ketidaktentuan ekonomi dunia terhadap pembangunan Terengganu.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, kajian tersebut perlu dilakukan secara menyeluruh membabitkan sektor perkhidmatan dan pelancongan apabila sempadan negara dibuka semula.

“Kajian impak ini perlu mengenal pasti bukan sahaja kesan ke atas pembangunan negeri, malah perlu disertakan cadangan khusus bagi mengurangkan impak langsung ke atas isi rumah dari golongan B40 dan M40,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 di sini hari ini.

Titah Sultan Mizan itu dibacakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri.

Baginda turut menzahirkan kebimbangan berhubung laporan Bank Dunia yang menyatakan perkembangan ekonomi dunia menunjukkan trend menurun akibat ketidaktentuan ekonomi.

Sultan Mizan bertitah, keadaan dijangka lebih mencabar susulan peperangan melibatkan serangan tentera Russia ke atas Ukraine yang sudah tentu mendatangkan kesan teruk kepada ekonomi dunia.

“Sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas negara Rusia turut menyebabkan harga komoditi di pasaran dunia seperti bahan api dan bahan makanan seperti gandum dan jagung meningkat,” titah baginda.

Sultan Mizan turut menitahkan rakyat memainkan peranan lebih aktif dalam membantu kerajaan yang dipilih dan memberi input aspek tadbir urus, merangka dan melaksanakan dasar baik untuk rakyat.

Titah baginda, penyertaan rakyat dalam demokrasi tidak semestinya dihadkan kepada peluang untuk memilih dalam pilihan raya sahaja.

“Walaupun mereka telah melantik wakil untuk berbincang dan membahaskan enakmen negeri dalam DUN, namun dengan adanya prinsip langit terbuka, akses digital, pendedahan kepada pelbagai bentuk dan saluran maklumat serta tahap pengetahuan rakyat itu sendiri perlu tinggi terhadap isu berbangkit.

“Partisipasi rakyat dalam menentukan hala tuju negeri dan negara harus ditagih,” titah baginda. - Getaran, 21 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan