web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adegan Panas 'Perempuan Itu' Tidak Sesuai Budaya Tempatan - Ahmad Marzuk

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 8:54AM

Gambar dari tangkap layar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Adegan panas ‘teaser’ drama Perempuan Itu yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen ketika ini, tidak sesuai dengan budaya tempatan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata pemain industri hiburan seharusnya mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

"Kita serah kepada K-KOMM untuk mengambil sebarang tindakan.

"Dari sudut panduan agama, budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa ke dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Muaythai Kebangsaan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini semalam.

Ahmad Marzuk berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan K-KOMM bagi mencari satu ketetapan, garis panduan dan solusi supaya perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.

Sementara itu, Ahmad Marzuk meminta orang ramai merujuk mufti di negeri masing-masing bagi menjawab persoalan sama ada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000 perlu membayar zakat 2.5 peratus.

Pada Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media mengumumkan kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek