web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota Penguatkuasa, Nelayan Didakwa Edar 5.3 Kg Dadah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 1:02PM

Ahmad Fadhil (kanan) dan Mohamad Firdauz didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan mengedar dadah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua sahabat, dengan seorang daripadanya anggota penguatkuasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan mengedar 5.3 kilogram dadah.

Anggota penguatkuasa itu, Ahmad Fadhil Ghazali, 34 dan rakannya, Mohammad Firdauz Ishak, 29 seorang nelayan hanya sekadar mengangguk tanda faham, sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret R Salini.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada mereka.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 5,377.32 gram di Forest City, Iskandar Puteri di sini, pada jam 9 malam, 6 Mac lalu.

Bagi perbuatan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1980) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 22 Mei nanti untuk sebutan semula kes bagi menunggu keputusan laporan kimia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Abu Bakar Isa Rahmat.

Difahamkan, kedua-dua tertuduh adalah antara ahli sindiket pengedaran dadah yang ditumpaskan polis pada 15 Mac lalu, membabitkan penahanan sembilan penguatkuasa dalam serbuan berasingan di sekitar Johor dan Putrajaya.

Memetik laporan media terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, modus operandi sindiket itu adalah menjual 50 kg dadah jenis syabu yang dirampas dalam satu operasi di perairan Selat Melaka, selepas ia cuba diseludup oleh sindiket bergerak aktif di Banting, Selangor untuk pasaran di Dumai, Indonesia.

Dilaporkan, sindiket dipercayai mula bergiat aktif sejak pertengahan Februari lalu itu menjual dadah yang sudah dirampas kepada pengedar dadah di negeri utara Semenanjung. - Getaran, 20 Mac 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 56 minit yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad